Pages

Monday, June 21, 2010

::U.P.S.R dan P.M.R bakal dimansuhkan???::




UPSR dan PMR bakal dimansuhkan???inilah isu terbaru pendidikan dan mungkin hangat diperbincangkan...cik thurr cube bawa isu ini utk dibincangkan dalam laman sosial Facebook...dan ramai yg memberi pandangan....dari seorang pelajar hinggalah bakal ibu, bakal bapa serta bakal pendidik...tahniah dan terima kasih cik thurr ucapkan kerna peka dgn isu pendidikan negara...soklan yang cube cik thur utarakan berbunyi seperti ini:

"PMR dan UPSR bakal dihapuskan dan diganti dengan ujian penilaian peringkat sekolah..ia dihapuskan kerana keputusan ujian ini tidak digunakan untuk memohon jawatan dan pekerjaan..malah negara kita juga merupakan negara yang paling banyak peperiksaan besar...pekara ini masih diperingkat perbincangan...pendapat anda???wajarkah??"

dan antara komen mereka >>

wajr ssangt....klau bleh thun ni jgak kuat kuasakn...hehe
(ad chan ak xde PMR thun ni.....yahoo)-Muhammad Faiz Emran-

mcm.. xbest.. sbb bile ader pekse besar.. bru rase jantung nak pecah.. n nak score smthg.. so penting jugak la.. nak try kemampuan diri.. bg akak.. bter cam biase..-Iewa Najwa Znb-

exam mmg compulsory..wajib kekalkan mcm biasa.no asessment no progression! -Wadah Salwa-

bagi say kak, itu mgkin satu cadangan yang ada baiknye klu d pikir dlm satu sudutlah, tapi bagi say tindakan tu agk terlalu aggresive, sbb ianya dah jadi sebati dlm masyarakt kita dlm menghadapi banyk exam, dan say lihat blum ada rugi dan kesan negative jika kita teruskan tradisi ni, pluang plajr tuk sambung dlm pelbagai bidang amat luas melalui exam2 nie..-Hussin Amani-

sy sutuju ngn pendapat puan Wadah Salwa..kalau xde assement pljr akn bljr dgn lewa..bg dyorg stakat peperiksaan peringkat sekolah xde apa..bljr pun ebih kurg je..mungkin akan ada cikgu2 yg bersikap mengajar tidak bersungguh..sbb kalau xde peperiksaan besar mcm upsr n pmr, dyorg rasa pihak sek n ppd tidak berapa menekankan pencapaian yg cemerlan utk... anugerah n sebagainya..tp dari sudut yg lain pulak, jika pelajar belajar krn hny kerana nak lulus dgn cemerlang dlm pmr, dikhuatir pljr tersebut bljr tdk ikhlas, hny kerana sijil ruh ilmu itu tiada..bila dah masuk ting.4 hbs lupa suma yg dipelajari..huhuhu..thats my opinion.-.Ibnu Mohamed Aniq AlQurawi-

di johor, pmr masih lg digunakan tuk mohon jawatn wlaupn tuk jd pgawai.... kalo unde spaj la.... so pmr masih lg releven tuk pelajar, kalo xda nnti bljr main2...-Nabihah Johari-

nk hapus o nk kekal i2 terplg pd pihak bertggjwb
yg pntg penambahbaikan dlm sistem pembelajaran negara kita perlu di tingkatkn lg
jgn hapuskn exam sbb xd gne utk keje tp prestasi pelajar2 msh same o maken truk
jd ape rasionalnya prubhn yg d buat?
sye x membantah cdngn ni..
cume lbh baek tumpukan pd peningkatan prestasi pelajar
x slh kekalkn apa yg ada o gntikan sistem yg lbh baek dan lbh berkesan-
Mohd El-Yas Sapuan-

Dibawah ini pula akhbar Kosmo bertarikh 21 jun di ruangan negara>>>

MUAR - Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh semalam.

Beliau berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja dan bukannya sebagai peperiksaan awam. katanya pihak kementerian bagaimanapun tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu2kan pandangan semua pihak mengenainya. Muhyiddin berkata, secara peribadi beliau berpendapata hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana soal kerjaya pun hanya SPM yang digunakann. namun menurut beliau, UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar kesekolah berasrama penuh atau aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu peperiksaan awam sahaja,  guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat, interakrif dan aktiviti kokurikulum lain serta sukan. kepada satu soalan, Muhyiddin berkata, keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia.

Td cik thur dengar lagi berita....ada yg mengatakan PMR wajar dihapuskan dan tidak pada UPSR...tapi bak kate nabihah "di johor, pmr masih lg digunakan untuk memohon jawatn wlaupn untuk menjadi pgawai.... sekiranya memohon dibawah SPA johor... so pmr masih lg releven untuk pelajar"

Jadi kesimpulan yg dapat cik thurr buat, apa2 pun perubahan yg dibuat utk memantapkan sistem pendidikan negara sangat2lah di alukan asalkan peningkatan dan prestasi pelajar harus diutamakan dan diberi perhatian seiring dengan kokurikulum seperti kate sahabat cik thur elyas..