Pages

Saturday, May 28, 2011

::Selamat Hari Guru::


Guru...
kau umpama lilin
yg menyinari hidupku
mengajar aku erti ilmu
tanpa lelah
Guru..
jasamu tidak terhingga
darimu ku kenal erti usaha
erti kesungguhan
Guru...
aku sedar tugasmu sangat berat
bukan mudah yang kusangka..
kini...kurasainya
moga aku tabah
moga aku sabar..
menjadi guru sepertimu
bertanggungjawab
dan ikhlas
mendidik anak bangsa

yeaaayyyyy..(^_^)/...cuti sekolah dah pun bermula~~~rasanya belum terlambat cik thur nak ucapkan selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia ni....jumaat (27 mei 011) yg lalu di sekolah cik thur...yer sekolah dimana tempat cik thur mgajar sekarang...iaitu di Sekolah Kebangsaan La Salle 2 Jinjang..telah pun mengadakan sambutan Hari Guru....meriah rasanya walaupun tidak banyak aktiviti yang dilaksanakan...bg cik thur...sambutan sederhana dengan sedikit persembahan guru dan persembahan murid..pun sudah memadai...maklumlah...2minggu sebelum ni kan murid2 semua menghadapi peperiksaan...guru2 pun agak sibuk la duk menanda kertas....persiapan ala kadar dan perancangan ahli jawatankuasa yg berpengalaman melancarkan lagi majlis ini...dan yang paling cik thur seronok...sorokan murid2 setiap kali nama guru2 diumumkan menerima hadiah2 pertukaran mengamatkan lagi majlis~~mg dimasa akan dtg sambutan hari guru di sekolah cik thur akan lebih meriah lagi~~~

oh yer...bukak cuti sekolah ni sekolah cik thur akan bertukar ke sessi pagi....kini tidak ada lagi "senja di bumi Jinjang" pd tahun 2011...mg pertukaran sesi nanti..memberikan cik thur lebih semangat baru~~mengajar anak2 cik thur di SKLS 2...jgn lupa baca buku dan ulangkaji ya~~


Monday, April 18, 2011

::PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011::


Ha~~kawan2..adik2..jom la kita meriahkan lagi Pesta Buku Antarabangsa KL (KLIBF) yang bakal berlangsung di PWTC ni...sudah pastinya ramai penerbit2 buku popular akan mengambil bahagian...erm..rasenya macam2 buku daripada 22 buah negara  yang bakal disajikan kepada kawan2 dan adik2..seronok kan..pasti rambang mata dibuatnyer...sesiapa yg ketinggalan majalah@komik edisi2 yg lepas2..pastinya ader terjual nanti...JOMM!!!

INFO
 *600 gerai
*Pameran selama 11 hari
*250 penerbit dan pengedar 
*22 negara yg terlibat
*dan mungkin menghampiri 1.5 juta pengunjung

p/s: kalau bab pengangkutan..jangan risau la..sbb PWTC ni dekat jer ngan LRT..bus pun ader..cik thur sarankan agar adik2 dan kawan2 masuk ikut pintu belakang PWTC..berhampiran dengan hospital pusrawi...sekiranya adik2 dari LRT pekeliling la..tu pun kalau pintu itu dibuka..hehe..

Thursday, March 24, 2011

::NILAI MURNI DAN KBKK::

NILAI  MURNI

ADIL DAN SAKSAMA
 AMANAH
 BAIK HATI
BEKERJASAMA
 BERDIKARI
  BERDISPLIN
  BERHEMAH
 BERHEMAH TINGGI
  BERKORBAN
BERPANDANGAN JAUH
  BERSYUKUR
  BERUSAHA
  BERADAB
  BERSOPAN
  BERSUNGGUH-SUNGGUH
  CEKAL
 HORMAT  MENGHORMATI
 KASIH SAYANG
 KE ADILAN
  KEBEBASAN
  KEBERANIAN
KEBERSIHAN FIZIKAL&MENTAL
  KEJUJURAN
  KERAJINAN
  KERJA KUAT
KESUNGGUHAN
  KESYUKURAN
  PATRIOTISME
  PENYAYANG
  RASIONAL
    SEMANGAT BERMASYARAKAT

KBKK

 MENCIRIKAN
 MEMBANDING BEZA
 MENGUMPUL&MENGELAS
 MENGESAN KECONDONGAN
 MENGGABUNGKAN
MENYATAKAN AKIBAT
 MEREKA CIPTA
 MENILAI
 MEMBUAT URUTAN
 MENYUSUN DAN MENGIKUT KEUTAMAAN
 MENGANALISIS
MEMBUAT KESIMPULAN
 MENJANA IDEA
MENGHUBUNG KAIT
 MEMBUAT INFRENS
 MERAMAL
MEMBUAT HIPOTESIS
 MENSINTESIS
 MEMBUAT GAMBARAN MENTAL
 MENGANALISIS

P/S:Alhamdulillah..ini saje yg dapat cik thur kumpul stakat ini...Nilai murni dan KBKK di atas boleh digunakan utk membuat RPH..terutamanya bagi subjek Pendidikan Islam..bagi subjek lain..masih banyak lagi nilai2 murni dan KBKK yg boleh dikaitkan dengan tajuk pembelajaran..kalau ada lagi..jgn lupe. berkongsi dengan cik thur ye..









Saturday, March 5, 2011

::komunikasi penulisan yang berkesan::


Soalan:- Komunikasi penulisan mengakibatkan penggunaan bahasa yang gramatis, huraikan dan beri dua contoh komunikasi penulisan yang berkesan.


1)            Komunikasi Penulisan

Komunikasi adalah satu proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada orang lain. Ini adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan  kedua-duanya mepunyai kefahaman yang   dikongsi bersama, komunikasi juga adalah asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Begitu juga dengan Komunikasi penulisan yang  mana ia adalah satu proses  penyampaian atau pemindahan mesej  dari seorang kepada orang lain melalui penulisan seperti  teks ucapan, surat rasmi, surat tidak rasmi, memo, surat pekeliling, surat khabar dan sebagainya. Antara contoh komunikasi penulisan yang mengakibatkan penggunaan bahasa yang gramatis :-

Komunikasi Penulisan
Fungsi

Surat tidak rasmi
adalah alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh individu kepada individu


Surat rasmi
ialah alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung secara rasmi di antara satu sama lain

Memo
alat komunikasi bertulis di dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Penggunaan memo ini juga biasanya mengikut keadaan yang memerlukan tindakan yang segera contohnya tindakan segera untuk melaporkan diri ketempat bekerja atau memanggil mesyuarat.

Teks ucapan
Alat komunikasi yang ditulis dan digunakan oleh individu untuk berucap kepada kumpulan kelompok.

Surat pekeliling
Alat Komunikasi yang ditulis secara rasmi dan di edarkan kepada umum untuk sesuatu tindakan.


2)            




















Bahasa Gramatis


Bahasa gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa iaitu kepatuhan atau ketepatan dengan tatabahasa.

3)            Ciri-ciri komunikasi berkesan
Penggunaan bahasa yang gramatis di dalam komunikasi penulisan kadang-kadang menyebabkan mesej yang hendak disampaikan  sukar difahami,
Bagi memastikan ianya akan lebih berkesan, sesuatu penulisan itu perlu menepati ciri-ciri berikut;
i)             penghantar hendaklah memastikan  mesej yang hendak disampaikan jelas,
ii)            teliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan menyatakan apa yang hendak dinyatakan dengan jelas dan   
iii)           yakin, pasti dengan kepentingan mesej itu,
iv)           mendapatkan perhatian penerima,
v)            menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai,  
vi)           sensitif kepada maklumbalas pihak lain,  
vii)         kenalpasti gangguan,
viii)        kurangkan gangguan.
Komunikasi yang  berkesan juga  berlaku apabila Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima, Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.

4)            Contoh komunikasi penulisan yang berkesan

(i)            Memo (Lampiran A)

Dari segi kaedah penulisan memo tidak terikat dengan kaedah penulisan surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk borang atau surat, ini bergantung kepada jabatan masing-masing. Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak disampaikan. Biasanya memo ditulis dengan ringkas dan padat, lembut dan berdiplomasi. Contohnya:

Bersama-sama ini dikembalikan drat memo berkenaan. Drat ini kurang memuaskan dari segi ejaan dan tatabahasa. Tuan diminta menulis semula dengan membetulkan ejaan dan tatabahasa yang telah ditanda sebelum memo ini diedarkan.
Bahasa yaang digunakan  diatas agak keras dan kurang berdiplomasi. Dengan menggunakan bahasa yang sedemikian, ia akan menyentuh perasaan pembaca atau penerimanya. Memo tersebut boleh ditulis seperti yang berikut:

Bersama-sama ini dkembalikan drat memo berkenaan. Drat ini telahpun disemak dan dikesan terdapat sedikit kesllapan ejaan dan latabahasa seperti yang telah ditandai. Saya berharap tuan dapat membaikinya sebelum mengedarkannya.


Didalam penulisan memo juga banyak mengelakkan daripada menimbulkan sikap negatif kepada pembaca, tidak menimbulkan prasangka dan tidak  membuat teguran secara negatif.
Berikut adalah beberapa langkah penulisan memo yang bertepatan dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan:-
- Merancang:
              Tujuan penulisan memo tersebut
              Mengenal pasti siapakah sasaran
              Apa yang diharapkan
              Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut

- Menulis
              Menepati tujuannya
              Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut
              Satu isi satu perenggan

- Menyemak
              Maklumatnya adakah tepat dan betul
              Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca
              Konstruktif

(ii)          Surat Pekeliling (Lampiran B)

Surat pekeliling adalah bertujuan untuk menjelaskan sesuatu,mempunyai tujuan dan mereka yang menerimanya perlu mengambil tindakan yang dinyatakan. Surat pekeliling dikatakan sebagai komunikasi penulisan yang berkesan kerana ia di edarkan untuk pengetahuan umum dan untuk di ambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu. Surat pekeliling biasanya akan menerangkan segala maklumat yang pelu di ambil tindakan dan mereka yang menerimanya akan terus bertindak seperti yang dinyatakan di dalam surat.

Penutup

Komunikasi penulisan yang menggunakan bahasa rojak atau bahasa singkatan seperti sistem simpanan ringkas sms juga boleh berkesan, namun bahasa-bahasa ini kadang-kadang sukar difahami dan boleh disalah tafsir jika hendak dibandingkan dengan penggunaan bahasa yang gramatis. Penggunaan bahasa yang gramatis dalam komunikasi penulisan yang mana ianya  menggunakan kosa kata tepat dan betul sukar disalah anggap atau disalah tafsir dan membawa kepada makna yang jelas. Kesimpulannya Komunikasi penulisan yang mengakibatkan penggunaan bahasa yang gramatis, lebih mudah difahami dan sangat berkesan terutamanya dalam bentuk memo dan surat pekeliling. Memo dikatakan penulisan berkesan kerana gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami dan lebih menumpukan kepada isi yang hendak disampaikan. Manakala surat pekeliling pula diedarkan untuk tindakan sesuatu pihak.
 
Bibliografi

1)    Penulisan surat rasmi dan memo berkualiti, 26/3/2010, <http://mamo60.tripod.com/notakursus.htm>

2)    Sumber Informasi Pelajar UKM  28/3/2010, http://www.ukm.my/e-pelajar/

3)    Nota penulisan memo berkualiti, 28/3/2010,  http://infolib.bernama.com/equip-bernama/images/nota_memo.pdf

4)    Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi ke empat.

Friday, March 4, 2011

::KAEDAH PENGAJARAN ASUHAN TILAWAH AL – QURAN::



Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan amatlah penting dalam usaha guru untuk membina pengetahuan kepada pelajar. Untuk memenuhi hasrat itu yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara maka seseorang guru itu perlulah memiliki kepelbagaian kemahiran untuk menjana pemikiran pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
Dalam matapelajaran Pendidikan Islam guru haruslah lebih kreatif dalam menggunakan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid serta ilmu pengetahuan yang akan diperolehi akan terus berkekalan serta dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Bidang Asuhan Tilawah Al – Quran sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 2 kemahiran utama iaitu kemahiran bacaan surah – surah tertentu dan kemahiran menghafaz surah – surah tertentu. Antara strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang ini yang dapat dilaksanakan oleh guru ialah :

1. KAEDAH MENDENGAR SERTA MENYEBUT.
 
Kaedah ini merupakan satu asas yang penting terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran al – quran. Ianya amat berfaedah kepada murid – murid serta guru dalam usaha memastikan murid – murid benar – benar dapat menguasai bacaan atau menghafaz sesuatu surah tertentu. Guru bertindak sebagai sumber dan murid – murid pula akan menggunakan sumber dari guru untuk tujuan pembelajaran. Guru menyebut atau melafazkan sesuatu lafaz bacaan dari surah – surah tertentu dan murid – murid pula akan mengulangi lafaz bacaan guru tersebut. Selain daripada guru teknik menggunakan radio atau bahan teknologi yang lain juga amat digalakkan dalam usaha menarik minat murid – murid.
Melalui kaedah menyebut dan mendengar ini guru dengan mudah dapat mengenal pasti murid – murid yang kurang mahir atau lemah dalam menyebut semula lafaz – lafaz bacaan surah – surah tersebut. Ini memberi peluang kepada guru untuk memberikan perhatian yang lebih atau proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera. Usaha dengan menggunakan kaedah ini akan dapat menghasilkan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan.

2. KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH.
 
Mempelajari al – quran bukanlah suatu usaha yang mudah. Guru perlulah mengambil berat serta memainkan peranan yang lebih dalam memastikan murid – murid benar – benar dapat membaca atau menghafaz bacaan surah – surah dengan betul dan fasih. Penggunaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah dilihat sebagai pemangkin utama dalam usaha ini. Guru secara terus dapat mengenali sejauh mana pencapaian murid – murid dalam menguasai bacaan atau hafazan surah – surah tertentu. Murid juga berpeluang untuk memperbetulkan bacaan atau hafazan mereka secara terus ketika berhadapan dengan guru.
Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas tilawah kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatan dengan syariat islam. Ianya juga suatu kaedah yang cukup berkesan dalam memastikan guru dan pelajar dapat meneruskan bacaan atau hafazan untuk surah – surah yang seterusnya.

3. KAEDAH LATIH TUBI.
 
Bacaan dan hafazan sesuatu surah akan lebih mudah dikuasai oleh murid – murid apabila ianya diulang – ulang serta di amalkan selalu. Oleh itu dalam usaha memastikan murid – murid mudah menguasai bacaan atau hafazan sesuatu surah itu, kaedah latih tubi juga memainkan peranan utama dalam memantapkan lagi hasil bacaan dan hafazan surah – surah terhadap diri murid – murid tersebut. Proses pengulangan serta amalan seharian ini yang dilaksanakan secara berterusan dengan bimbingan guru sudah pastilah dapat dikuasai dengan mudah serta cepat oleh murid – murid.Contohnya dilaksanakan kaedah ini setiap kali guru ingin memulakan pengajaran serta diakhir pembelajaran.

Kaedah ini cukup mudah dilaksanakan dan ianya cukup berkesan kerana murid – murid akan lebih mudah menerima sesuatu ilmu atau kemahiran apabila ianya sering diulang – ulang. Bukan sekadar murid – murid akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru tetapi ianya lebih mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya bacaan al – fatihah yang sering diulang atau dilatih tubi bacaannya.Murid – murid secara tidak langsung akan fasih serta dapat nmengamalkannya dalam solat seharian mereka. Amalan seharian yang dilaksanakan oleh murid – murid ini merupakan satu kekuatan dalam mengaplikasikan kaedah latih tubi ini.

Friday, December 3, 2010

::Tahniah!!::


TAHNIAH!!TAHNIAH!!TAHNIAH!!!

Cik thur ucapkan kepada sahabat2 cik thur [Nur Azmira Zakora, Nurul Najwa,Lailasari, Siti Asmad,dan Zawiyah] dan sahabat 2lain yg berjaya ke peringkat seterusnya utk menghadiri temuduga Kpli ambilan januari 2O11...mg kalian semua berjaya untuk mengikuti kursus Kpli yg banyak cabaran dan dugaanya...setahun pengalaman cik thur bersama rakan2 kpli sangat menyeronokkan, ada manisnya..ada pahitnya...payau2 pun ada..hehe....

untuk temuduga kali ni cik thur rasa sahabat2 perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal..bagi calon2 yg pernah menghadiri temuduga ini...cik thur yakin yg anda pasti lebih bersedia....GUD LUCK!!

Monday, November 29, 2010

::ABM/BBM::

 
Alat Bantu Mengajar adalah  alat yang digunakan untuk membantu seseorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti papan putih, komputer,layar putih, LCD, papan gulung, radio, dan  alat2 yang lain difikirkan sesuai. Manakal bahan bantu mengajar pula ialah bahan yang dibina seperti kad2 huruf,kad2 kalimah, belon, tongkat sakti,dadu dan pelbagai lagi, samada ianya digelar ABM atau BBM seseorang guru pelatih perlulah memastikan bahan atau alat ini wujud sebelum sesi p& p, kerana ianya mampu menarik minat murid2 untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran.

Ti p memilih dan membina ABM/BBM
1. Guru perlu merancang dan memikirkan ABM/BBM yg sesuai sebelum p& p
2. Mencari, dan membuat kolabrasi dengan sekolah2 lain bagi mencari BBM yg sesuai
3. pastikan alat seperti LCD, Komputer berada dalam keadaan baik dan dapat digunakan  ketika p& p
4. Menggunakan ABM/BBM yang telah disediakan oleh pihak sekolah atau ppd
5. Menggunakan bahan2 terpakai untuk membina BBM
6   pastikan BBM yang dibina dapat digunakan berulang kali dengan cara yg berbeza
7. BBM tidak perlu terlalu banyak sehingga meyukarkan guru untuk meneruskan langkah2 pengajaran.
8. pastikan guru menggunakan pendekatan berpusatkan bahan, dimana guru menggunakan BBM yg sebainya did lm p & p  dan pelajar dapat menyentuh BBM yang dibina.
9. pastikan guru telah menetapkan displin bilik darjah, agar kawalan murid didalm p& p terkawal, dan semua murid da pat medekati dan menyentuh BBM yg dibina.

Bagaimana menyediakan BBM yang menarik??
  1. GAMBAR:-
-         Gambar yang dibina hendaklah besar, contohnya gambar yang dipaparkan hendaklah melebihi saiz A4
-         Gambar yang dilukis atau di cetak mestilah berbentuk, cthnya jika kita membuat gambar kereta, gambar tersebut bentuknya seperti kereta,dan bukannya gambar tersebut dilekatkan diatas kad berbentuk segi empat
2. TULISAN:-
- Tulisan hendaklah jelas dan besar sehingga pelajar dibelakang mampu melihatnya
- menggunakan tulisan yang sesuai dan bukannya tulisan sambung sehingga meyukarkan murid2 untk membacanya
3. WARNA:-
- Kombinasi warna hendaklah sesuai cthnya latar belakang bewarna hitam tulisan bewarna kuning.
- warna yang terlalu terang sehingga tidak menam pakkan bentuk gambar dan tulisan harus dielakkan.
-warna tulisan juga harus sesuai.

4. Lebih baik jika BBM tersebut dapat disentuh oleh murid, cthnya huruf yang dibina mestilah timbul, ia akan meningkatkan lagi motivasi instrinsik ke pada murid.

Cik thur pernah membentangkan tentang “tulisan dan warna yang sesuai ketika membina power point” ini di hadapan rakan2 guru pelatih ketika di ipg tempohari, cik thur rasa ia juga sesuai jika kita membina BBM…,peranan warna dan tulisan ini penting bagi menghasilkan BBM yg menarik. Mungkin pada entry yg lain cik thur cuba masukkan entry tersebut jika ia masih lagi dalam simpanan.