Pages

Sunday, December 18, 2011

::Contoh Aktiviti Regangan::

Maaf gambar cth xdapat disertakan....anda boleh mencarinya di carian google..


BAHAGIAN DIREGANG
KEDUDUKAN
PERMULAAN
PERLAKUAN
CONTOH
1
- Otot bahagian atas tapak kaki (ekstensor)

- Duduk berlunjur.
- Bengkokkan kaki kanan dan silangkan di atas kaki kiri.
- Pegang pergelangan kaki kiri dengan sebelah tangan.
- Pegang hujung kaki dengan sebelah tangan lagi dan tarik tumit kaki (fleksor).
- Hembus nafas semasa hujung kaki ditarik ke tumit.
- Regang senang semasa hujung kaki ditarik ke tumit.
- Regang senang selama 10-20 saat.
- Ulang regangan (regangan membangun selama 20-30 saat)
- Ulang dengan kaki kanan.



2
- Otot tapak kaki (fleksor)
- Duduk berlunjur
- Bengkokkan kaki kanan dan silangkan di atas kaki kiri.
- Pegang pergelangan kaki kiri dengan sebelah kanan.
- Pegang hujung kaki dengan tangan sebelah lagi dan ke atas.
- Hembus nafas semasa hujung kaki ditolak kearah badan.
3
- Otot bahagian bawah kaki belakang (betis dan otot soleus)
- Duduk berlunjur sebelah kaki, iaitu kaki kanan. Bengkokkan kaki kiri supaya tapaknya menghadap bahagian dalam paha.
- Tegakkan badan.

- Condongkan badan ke hadapan dan tarik hujung kaki ke arah badan.
- Jika tangan anda sampai ke jari-jari kaki, gunakan kain atau tuala.

4
- Otot bahagian hadapan betis (tibialis anterior)
- Duduk berlutut di atas lantai.
- Hujung kaki menghala lurus ke belakang.
- Duduk atas tumit selama 10-20 saat.
- Ulang regangan selama 20-30 saat.

5
- Pergelangan kaki dan kuadrisep
- Baring mengiring di sebelah kiri dengan tangan kanan.
- Tarik kaki ke arah punggung kanan sehingga terasa tegang.
- Regang selama 10-20 minit.
- Ulang regangan selama 20-30 saat.
- Ulang dengan kaki kiri.

6
- Tendon Achilles
- Duduk separuh cangkung; hujung jari-jari kaki kanan segaris dengan lutut kaki kiri.
- Letakkan kedua-dua tapak tangan di hadapan untuk menyokong badan.
- Tumit tapak kaki kanan mesti berada 2-3 dari paras lantai.
- Gerakkan badan ke hadapan dan tumit ke arah lantai.
- Regang selama 10-20 saat.
- Ulang regangan selama 20-30 saat.
- Ulang dengan kaki kiri.


7
- Aduktor paha
- Duduk dengan kaki bengkok dan tapak-tapak kaki bersen­tuhan.
- Pegang pergelangan kaki; siku berhampirari lutut.
- Tekan bahagian lutut dengan siku ke arah lantai.
- Condongkan badan ke hadap­an sedikit.
8
- Otot belakang
- Baring dan bengkokkan lutut.
- Tangan di belakang paha.
- Tarik lutut sejauh mungkin ke arah dahi.
- Regang selama 10-20 saat.
- Ulang regangan selama 20-30 saat.
9
- Hamstring dan otot disisi badan
- Duduk dengan kaki kanan di luruskan dan kaki kiri dibengkokkan, tapak kaki rapat dengan paha.
- Hulurkan tangan kiri untuk memegang hujung kaki kanan.
- Tangan kiri memegang bahagian luar kaki kanan.
10
- Bahagian dalam lengan dan pergelangan tangan
- Berlutut dengan tapak tangan di atas Iantai.
- Ibujari menghala ke luar dan jari-jari tangah ke arah lutut
- Dengan kedua-dua tapak tangan di lantai, gerakkan badan ke belakang sehingga tegang.
- Regang selama 10-20 saat.
- Ulang regangan selama 20-30 saat.

11
- Otot bahagian luar lengan bahu dan sisi.
- Hulur kedua-dua belah tangan ke atas; tapak tangan kanan bertemu tapak tangan kiri.
- Regang ke atas dan sedikit ke belakang.
- Regang selama 10-20 saat.
- Ulang regangan untuk 20-30 saat.

12
- Otot bahu dan otot tengah bahagian atas belakang
- Tangan kanan menyilang pada dada.
- Tangan kiri memegang siku tangan kanan .
Perlakuan
- Tarik siku ke arah bahu kiri .
- Regang selama 10-20 saat.
13
- Orot sisi leher
- Berdiri tegak.
- Letakkan tapak tangan di bahagian sisi kiri kepala.
- Bengkokkan leher ke sisi kanan.
- Tarik perlahan-lahan dengan tangan.
- Regang selama 10-20 saat.
- Ulang regangan untuk 20-30 saat.
- Ulang dengan sebelah kanan leher.


Sunday, September 11, 2011

::Tips menghadapi UPSR 2011::


Wah~~tekunnya anak2 murid cik thur wat ulangkaji B.Inggeris...xsilap cik thur...mereka ni dah abis wat 9set ulangkaji...wau!!mg mereka mendapat manfaatnya nanti...

Sekejap jer masa berlalu..syawal dah sampai ke penghujungnya...masih sempat lagi rasenya untuk cik thur ucapkan selamat hari raya 1432H dan salam merdeka...

Sudah pastinya semua murid2 tahun 6 seluruh negara berdebar2 nak menghadapi peperiksaan UPSR ari selasa ni kan...cik thur harap..smua murid2 cik thur dah pun bersedia dari segi mental dan fizikal...rase cik thur dah cukup rasenya murid2 cik thur berjuang sehingga ke pecutan terakhir...sekarang ni masih sempat lagi untuk berusaha...truskan usaha anda...selamat maju jaya....

Tips menghadapi UPSR

SEBELUM
1 Buat latihan soalan2 yg lepas2
2 Jangan cepat bosan wat latihan ulangan
3 Semak semula setiap latihan yang salah
4 untuk subjek bahasa inggeris..sentiasa tulis perkataan yg xdifahami dan cari maknanya
5 untuk subjek matematik...buat satu nota untuk formula2 matematik
6 untuk subjek bahasa melayu,,baca contoh2 karangan dalam buku rujukan atau bahan yg dicari dalam internet
 7 jika masih berkesempatan..boleh la bertukar2 soalan dari rakan2 di negeri lain@sepupu2 yg tinggal di negeri lain
8 sentiasa solat hajat
9 sentiasa menghormati guru dan ibu bapa
10 jaga kesihatan..tidur awal,,pastikan mendapat rehat y cukup
11 pastikan semua peralatan untuk menjawab peperiksaan telah disediakan,,jgn lupa slip peperiksaan

SEMASA
1 Berdoa ketika keluar rumah sehinggalah hendak menjawab peperiksaan
2 Bersalaman dengan ibu bapa
3 Baca arahan soalan dengan betul
4 Pastikan mukasurat yg cukup
5 Pastikan Tulisan kemas dan cantik
6 Semak jawapan berulang kali..terutamanya soalan yg kita agk2 jawapan yg hampir sama
7 Bagi subjek B.Melayu pemahaman dan Bahasa Inggeris baca soalan petikan seimbas lalu..kemudian baca petikan dengan teliti...
8  Pastikan Semua soalan telah dihitamkan di dalam borang OMR..jangan biarkan kosong...

SELEPAS
1 Tawakkal kepada Allah
2 Sentiasa solat hajat..memohon mendapat keputusan yg baik
3 Bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima keputusan..

Moga tips ini bleh digunakan...selamat menghadapi peperiksaan UPSR 2011 kepada semua..xlupa wat bekas murid2 cik thur di SJKC Behrang Ulu....

Sunday, July 31, 2011

::Slam Ramadhan::


SELAMAT BERPUASA SEMUA......JANGAN CURI2 MAKAN DI SIANG HARI.....SAMA2 LAH KITA MEMBUAT KEBAIKAN DAN BANYAK KAN AMAL DI BULAN INI....HE..(^_*)V

Thursday, June 23, 2011

::Sukan Tara::

~Gambar hiasan~

Cuti sekolah penggal pertama sudah pun berlalu...cik thur skarang bertugas pada sessi pagi di sekolah...
untuk penggal yg baru ni..dapat jugak la cik thur luangkan masa untuk bersenam pada waktu petang,.,,hehe...minggu ni murid-murid SKLS 2 sibuk bersukan..minggu depan sukan lagi...sukan..dan sukan...1 SUKAN 1 MURID..hehe...yer..sekolah kami mematuhi pekeliling yg telah ditetapkan...walaupun mereka tidak membawa baju sukan(alasan biasa bagi murid>terlupa)..mereka tetap bersukan dengan pakaian seragam sekolah...yg besnyer...yg berseragam sekolah ni lah dapat menyumbangkan mata bagi rumah sukan mereka..TAHNIAH!..murid2 yg sering terlupa bawa/pakai baju sukan ni...lain kali jangan terlupa lagi ya~~
nantikan "LARIAN 1 MURID 1 MALAYSIA" 2 Julai nanti.....
Rakan2 cik thur yang sibuk membuat persiapan acara sukaneka yang diselitkan ketika sukan tahunan di Maktab...sukan dan pendidikan tidak dapat dipisahkan..majulah sukan  untuk negara..hehe

Wednesday, June 1, 2011

::Senja di Bumi Jinjang::


Senja nan merah
cantik, indah, sepi 
dan akhirnya sunyi
hanya kicauan burung
tiada angin..subhanallah

riuh rendah suara kanak-kanak
hiruk pikuk deruan enjin motokar
di bumi jinjang, di tanah subur
tumbuhnya pembangunan..
di sini aku berdiri
menanti senja
kernaku ingin pulang
ketika senja tiba..
penuh emosi, muhasabah diri
mungkinkah ada lagi senja
di bumi jinjang
mungkin ada nanti
akan ku temui
akan ku lalui

membawa usaha
menunaikan impian
untukmu yg inginkan
hanya untuk mereka
yang sama-sama menunggu
senja di bumu jinjang...

Saturday, May 28, 2011

::Selamat Hari Guru::


Guru...
kau umpama lilin
yg menyinari hidupku
mengajar aku erti ilmu
tanpa lelah
Guru..
jasamu tidak terhingga
darimu ku kenal erti usaha
erti kesungguhan
Guru...
aku sedar tugasmu sangat berat
bukan mudah yang kusangka..
kini...kurasainya
moga aku tabah
moga aku sabar..
menjadi guru sepertimu
bertanggungjawab
dan ikhlas
mendidik anak bangsa

yeaaayyyyy..(^_^)/...cuti sekolah dah pun bermula~~~rasanya belum terlambat cik thur nak ucapkan selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia ni....jumaat (27 mei 011) yg lalu di sekolah cik thur...yer sekolah dimana tempat cik thur mgajar sekarang...iaitu di Sekolah Kebangsaan La Salle 2 Jinjang..telah pun mengadakan sambutan Hari Guru....meriah rasanya walaupun tidak banyak aktiviti yang dilaksanakan...bg cik thur...sambutan sederhana dengan sedikit persembahan guru dan persembahan murid..pun sudah memadai...maklumlah...2minggu sebelum ni kan murid2 semua menghadapi peperiksaan...guru2 pun agak sibuk la duk menanda kertas....persiapan ala kadar dan perancangan ahli jawatankuasa yg berpengalaman melancarkan lagi majlis ini...dan yang paling cik thur seronok...sorokan murid2 setiap kali nama guru2 diumumkan menerima hadiah2 pertukaran mengamatkan lagi majlis~~mg dimasa akan dtg sambutan hari guru di sekolah cik thur akan lebih meriah lagi~~~

oh yer...bukak cuti sekolah ni sekolah cik thur akan bertukar ke sessi pagi....kini tidak ada lagi "senja di bumi Jinjang" pd tahun 2011...mg pertukaran sesi nanti..memberikan cik thur lebih semangat baru~~mengajar anak2 cik thur di SKLS 2...jgn lupa baca buku dan ulangkaji ya~~


Monday, April 18, 2011

::PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011::


Ha~~kawan2..adik2..jom la kita meriahkan lagi Pesta Buku Antarabangsa KL (KLIBF) yang bakal berlangsung di PWTC ni...sudah pastinya ramai penerbit2 buku popular akan mengambil bahagian...erm..rasenya macam2 buku daripada 22 buah negara  yang bakal disajikan kepada kawan2 dan adik2..seronok kan..pasti rambang mata dibuatnyer...sesiapa yg ketinggalan majalah@komik edisi2 yg lepas2..pastinya ader terjual nanti...JOMM!!!

INFO
 *600 gerai
*Pameran selama 11 hari
*250 penerbit dan pengedar 
*22 negara yg terlibat
*dan mungkin menghampiri 1.5 juta pengunjung

p/s: kalau bab pengangkutan..jangan risau la..sbb PWTC ni dekat jer ngan LRT..bus pun ader..cik thur sarankan agar adik2 dan kawan2 masuk ikut pintu belakang PWTC..berhampiran dengan hospital pusrawi...sekiranya adik2 dari LRT pekeliling la..tu pun kalau pintu itu dibuka..hehe..