SELAMAT BERPUASA SEMUA......JANGAN CURI2 MAKAN DI SIANG HARI.....SAMA2 LAH KITA MEMBUAT KEBAIKAN DAN BANYAK KAN AMAL DI BULAN INI....HE..(^_*)V
Sunday, July 31, 2011
Thursday, June 23, 2011
::Sukan Tara::
~Gambar hiasan~
Cuti sekolah penggal pertama sudah pun berlalu...cik thur skarang bertugas pada sessi pagi di sekolah...
Cuti sekolah penggal pertama sudah pun berlalu...cik thur skarang bertugas pada sessi pagi di sekolah...
untuk penggal yg baru ni..dapat jugak la cik thur luangkan masa untuk bersenam pada waktu petang,.,,hehe...minggu ni murid-murid SKLS 2 sibuk bersukan..minggu depan sukan lagi...sukan..dan sukan...1 SUKAN 1 MURID..hehe...yer..sekolah kami mematuhi pekeliling yg telah ditetapkan...walaupun mereka tidak membawa baju sukan(alasan biasa bagi murid>terlupa)..mereka tetap bersukan dengan pakaian seragam sekolah...yg besnyer...yg berseragam sekolah ni lah dapat menyumbangkan mata bagi rumah sukan mereka..TAHNIAH!..murid2 yg sering terlupa bawa/pakai baju sukan ni...lain kali jangan terlupa lagi ya~~
nantikan "LARIAN 1 MURID 1 MALAYSIA" 2 Julai nanti.....
Rakan2 cik thur yang sibuk membuat persiapan acara sukaneka yang diselitkan ketika sukan tahunan di Maktab...sukan dan pendidikan tidak dapat dipisahkan..majulah sukan untuk negara..hehe
Wednesday, June 1, 2011
::Senja di Bumi Jinjang::
Senja nan merah
cantik, indah, sepi
dan akhirnya sunyi
hanya kicauan burung
tiada angin..subhanallah
riuh rendah suara kanak-kanak
hiruk pikuk deruan enjin motokar
di bumi jinjang, di tanah subur
tumbuhnya pembangunan..
di sini aku berdiri
menanti senja
kernaku ingin pulang
ketika senja tiba..
penuh emosi, muhasabah diri
mungkinkah ada lagi senja
di bumi jinjang
mungkin ada nanti
akan ku temui
akan ku lalui
membawa usaha
menunaikan impian
untukmu yg inginkan
hanya untuk mereka
yang sama-sama menunggu
senja di bumu jinjang...
Saturday, May 28, 2011
::Selamat Hari Guru::
Guru...
kau umpama lilin
yg menyinari hidupku
mengajar aku erti ilmu
tanpa lelah
Guru..
jasamu tidak terhingga
darimu ku kenal erti usaha
erti kesungguhan
Guru...
aku sedar tugasmu sangat berat
bukan mudah yang kusangka..
kini...kurasainya
moga aku tabah
moga aku sabar..
menjadi guru sepertimu
bertanggungjawab
dan ikhlas
mendidik anak bangsa
yeaaayyyyy..(^_^)/...cuti sekolah dah pun bermula~~~rasanya belum terlambat cik thur nak ucapkan selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia ni....jumaat (27 mei 011) yg lalu di sekolah cik thur...yer sekolah dimana tempat cik thur mgajar sekarang...iaitu di Sekolah Kebangsaan La Salle 2 Jinjang..telah pun mengadakan sambutan Hari Guru....meriah rasanya walaupun tidak banyak aktiviti yang dilaksanakan...bg cik thur...sambutan sederhana dengan sedikit persembahan guru dan persembahan murid..pun sudah memadai...maklumlah...2minggu sebelum ni kan murid2 semua menghadapi peperiksaan...guru2 pun agak sibuk la duk menanda kertas....persiapan ala kadar dan perancangan ahli jawatankuasa yg berpengalaman melancarkan lagi majlis ini...dan yang paling cik thur seronok...sorokan murid2 setiap kali nama guru2 diumumkan menerima hadiah2 pertukaran mengamatkan lagi majlis~~mg dimasa akan dtg sambutan hari guru di sekolah cik thur akan lebih meriah lagi~~~
oh yer...bukak cuti sekolah ni sekolah cik thur akan bertukar ke sessi pagi....kini tidak ada lagi "senja di bumi Jinjang" pd tahun 2011...mg pertukaran sesi nanti..memberikan cik thur lebih semangat baru~~mengajar anak2 cik thur di SKLS 2...jgn lupa baca buku dan ulangkaji ya~~
Monday, April 18, 2011
::PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011::
Ha~~kawan2..adik2..jom la kita meriahkan lagi Pesta Buku Antarabangsa KL (KLIBF) yang bakal berlangsung di PWTC ni...sudah pastinya ramai penerbit2 buku popular akan mengambil bahagian...erm..rasenya macam2 buku daripada 22 buah negara yang bakal disajikan kepada kawan2 dan adik2..seronok kan..pasti rambang mata dibuatnyer...sesiapa yg ketinggalan majalah@komik edisi2 yg lepas2..pastinya ader terjual nanti...JOMM!!!
INFO
*600 gerai
*Pameran selama 11 hari
*250 penerbit dan pengedar
*22 negara yg terlibat
*dan mungkin menghampiri 1.5 juta pengunjung
p/s: kalau bab pengangkutan..jangan risau la..sbb PWTC ni dekat jer ngan LRT..bus pun ader..cik thur sarankan agar adik2 dan kawan2 masuk ikut pintu belakang PWTC..berhampiran dengan hospital pusrawi...sekiranya adik2 dari LRT pekeliling la..tu pun kalau pintu itu dibuka..hehe..
Thursday, March 24, 2011
::NILAI MURNI DAN KBKK::
NILAI MURNI
ADIL DAN SAKSAMA
AMANAH
BAIK HATI
BEKERJASAMA
BERDIKARI
BERDISPLIN
BERHEMAH
BERHEMAH TINGGI
BERKORBAN
BERPANDANGAN JAUH
BERSYUKUR
BERUSAHA
BERADAB
BERSOPAN
BERSUNGGUH-SUNGGUH
CEKAL
HORMAT MENGHORMATI
KASIH SAYANG
KE ADILAN
KEBEBASAN
KEBERANIAN
KEBERSIHAN FIZIKAL&MENTAL
KEJUJURAN
KERAJINAN
KERJA KUAT
KESUNGGUHAN
KESYUKURAN
PATRIOTISME
PENYAYANG
RASIONAL
SEMANGAT BERMASYARAKAT
KBKK
MENCIRIKAN
MEMBANDING BEZA
MENGUMPUL&MENGELAS
MENGESAN KECONDONGAN
MENGGABUNGKAN
MENYATAKAN AKIBAT
MEREKA CIPTA
MENILAI
MEMBUAT URUTAN
MENYUSUN DAN MENGIKUT KEUTAMAAN
MENGANALISIS
MEMBUAT KESIMPULAN
MENJANA IDEA
MENGHUBUNG KAIT
MEMBUAT INFRENS
MERAMAL
MEMBUAT HIPOTESIS
MENSINTESIS
MEMBUAT GAMBARAN MENTAL
MENGANALISIS
P/S:Alhamdulillah..ini saje yg dapat cik thur kumpul stakat ini...Nilai murni dan KBKK di atas boleh digunakan utk membuat RPH..terutamanya bagi subjek Pendidikan Islam..bagi subjek lain..masih banyak lagi nilai2 murni dan KBKK yg boleh dikaitkan dengan tajuk pembelajaran..kalau ada lagi..jgn lupe. berkongsi dengan cik thur ye..
Saturday, March 5, 2011
::komunikasi penulisan yang berkesan::
Soalan:- Komunikasi penulisan mengakibatkan penggunaan bahasa yang gramatis, huraikan dan beri dua contoh komunikasi penulisan yang berkesan.
1) Komunikasi Penulisan
Komunikasi adalah satu proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada orang lain. Ini adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mepunyai kefahaman yang dikongsi bersama, komunikasi juga adalah asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Begitu juga dengan Komunikasi penulisan yang mana ia adalah satu proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada orang lain melalui penulisan seperti teks ucapan, surat rasmi, surat tidak rasmi, memo, surat pekeliling, surat khabar dan sebagainya. Antara contoh komunikasi penulisan yang mengakibatkan penggunaan bahasa yang gramatis :-
Komunikasi Penulisan
|
Fungsi
|
Surat tidak rasmi
|
adalah alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh individu kepada individu
|
Surat rasmi
|
ialah alat komunikasi bertulis yang ditulis oleh jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung secara rasmi di antara satu sama lain
|
Memo
|
alat komunikasi bertulis di dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Penggunaan memo ini juga biasanya mengikut keadaan yang memerlukan tindakan yang segera contohnya tindakan segera untuk melaporkan diri ketempat bekerja atau memanggil mesyuarat.
|
Teks ucapan
|
Alat komunikasi yang ditulis dan digunakan oleh individu untuk berucap kepada kumpulan kelompok.
|
Surat pekeliling
|
Alat Komunikasi yang ditulis secara rasmi dan di edarkan kepada umum untuk sesuatu tindakan.
|
2)
Bahasa Gramatis
Bahasa Gramatis
Bahasa gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa iaitu kepatuhan atau ketepatan dengan tatabahasa.
3) Ciri-ciri komunikasi berkesan
Penggunaan bahasa yang gramatis di dalam komunikasi penulisan kadang-kadang menyebabkan mesej yang hendak disampaikan sukar difahami,
Bagi memastikan ianya akan lebih berkesan, sesuatu penulisan itu perlu menepati ciri-ciri berikut;
i) penghantar hendaklah memastikan mesej yang hendak disampaikan jelas,
ii) teliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan menyatakan apa yang hendak dinyatakan dengan jelas dan
iii) yakin, pasti dengan kepentingan mesej itu,
iv) mendapatkan perhatian penerima,
v) menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai,
vi) sensitif kepada maklumbalas pihak lain,
vii) kenalpasti gangguan,
viii) kurangkan gangguan.
Komunikasi yang berkesan juga berlaku apabila Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima, Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
4) Contoh komunikasi penulisan yang berkesan
(i) Memo (Lampiran A)
Dari segi kaedah penulisan memo tidak terikat dengan kaedah penulisan surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk borang atau surat, ini bergantung kepada jabatan masing-masing. Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak disampaikan. Biasanya memo ditulis dengan ringkas dan padat, lembut dan berdiplomasi. Contohnya:
Bersama-sama ini dikembalikan drat memo berkenaan. Drat ini kurang memuaskan dari segi ejaan dan tatabahasa. Tuan diminta menulis semula dengan membetulkan ejaan dan tatabahasa yang telah ditanda sebelum memo ini diedarkan.
|
Bersama-sama ini dkembalikan drat memo berkenaan. Drat ini telahpun disemak dan dikesan terdapat sedikit kesllapan ejaan dan latabahasa seperti yang telah ditandai. Saya berharap tuan dapat membaikinya sebelum mengedarkannya.
|
Didalam penulisan memo juga banyak mengelakkan daripada menimbulkan sikap negatif kepada pembaca, tidak menimbulkan prasangka dan tidak membuat teguran secara negatif.
Berikut adalah beberapa langkah penulisan memo yang bertepatan dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan:-
- Merancang:
• Tujuan penulisan memo tersebut
• Mengenal pasti siapakah sasaran
• Apa yang diharapkan
• Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut
- Menulis
• Menepati tujuannya
• Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut
• Satu isi satu perenggan
- Menyemak
• Maklumatnya adakah tepat dan betul
• Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca
• Konstruktif
(ii) Surat Pekeliling (Lampiran B)
Surat pekeliling adalah bertujuan untuk menjelaskan sesuatu,mempunyai tujuan dan mereka yang menerimanya perlu mengambil tindakan yang dinyatakan. Surat pekeliling dikatakan sebagai komunikasi penulisan yang berkesan kerana ia di edarkan untuk pengetahuan umum dan untuk di ambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu. Surat pekeliling biasanya akan menerangkan segala maklumat yang pelu di ambil tindakan dan mereka yang menerimanya akan terus bertindak seperti yang dinyatakan di dalam surat.
Penutup
Komunikasi penulisan yang menggunakan bahasa rojak atau bahasa singkatan seperti sistem simpanan ringkas sms juga boleh berkesan, namun bahasa-bahasa ini kadang-kadang sukar difahami dan boleh disalah tafsir jika hendak dibandingkan dengan penggunaan bahasa yang gramatis. Penggunaan bahasa yang gramatis dalam komunikasi penulisan yang mana ianya menggunakan kosa kata tepat dan betul sukar disalah anggap atau disalah tafsir dan membawa kepada makna yang jelas. Kesimpulannya Komunikasi penulisan yang mengakibatkan penggunaan bahasa yang gramatis, lebih mudah difahami dan sangat berkesan terutamanya dalam bentuk memo dan surat pekeliling. Memo dikatakan penulisan berkesan kerana gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami dan lebih menumpukan kepada isi yang hendak disampaikan. Manakala surat pekeliling pula diedarkan untuk tindakan sesuatu pihak.
Bibliografi
3) Nota penulisan memo berkualiti, 28/3/2010, http://infolib.bernama.com/equip-bernama/images/nota_memo.pdf
4) Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi ke empat.
Subscribe to:
Posts (Atom)







