Pages

Showing posts with label Pedagogi Agama. Show all posts
Showing posts with label Pedagogi Agama. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

::Kemahiran menggunakan Bahan Bantu Mengajar(BBM) versi jawi::


كماهيرن مڠڬوناكن باهن بنتو مڠاجر
ڤڠڬونأن باهن بنتو مڠاجر دڠن باءيق اكن ممبنتو مڠكل مينت دان تومڤوان موريد، بوليه مڠاقتيفكن موريد ملالوءي ڤربنچڠن يڠ بركاءيتن دڠن باهن دان اخيرڽ منيڠكتكن كفهمن موريد بركنأن ترهادڤ ڤركارا يڠ ايڠين دسمڤايكن.

ڤرينسيڤ-ڤرينسيڤ مڠڬوناكن باهن بنتو مڠاجر

ا- باهن يڠ سسواي دڠن ڤريڠكت عمور موريد.
ب- باهن يڠ هندق دڬوناكن مناريق
ج- باهن اءوديو-ۏيسوال يڠ هندق دڬوناكن برفوڠسي دان بوليه دڬوناكن
د- سموا معلومت يڠ تركندوڠ دالم باهن اداله برڬونا اونتوق ڤمبلاجرن موريد.

كومڤونن كماهيرن ڤڠڬونأن باهن بنتو مڠاجر
ا. كسسواين
باهن بنتو مڠاجر يڠ دڬوناكن سسواي دڠن ڤريڠكت عمور موريد، سسواي دري سڬي سايز دان سسواي دڠن توڤيك يڠ دسمڤايكن. باهن يڠ دڬوناكن بوليه ممبري سومبڠن يڠ برمعنا درڤد سڬي كندوڠان توڤيك دان داڤت ممبريكن ڬمباران يڠ جلس بركنأن ايديا يڠ هندق دسمڤايكن.
ب. مناريق
باهن ين دڬوناكن هندقله مناريق دڠن ڤڠڬونأن ورنا، سوسون اتور دان كندوڠنڽ.
ج. ڤڠڬونأن.
باهن بنتو مڠاجر ڤرلو دڬوناكن سچارا مكسيموم. ڬورو بوليه مرڠكا اكتيۏيتي ڤربنچڠن، سؤال جواب دان لإين-لإين براسسكن باهن يڠ دڬوناكن. ڬورو ڤرلو مرنچڠ چارا ممڤركنلكن باهن، سرتا اكتيۏيتي سماس دان سلڤس ڤڠڬونأن باهن.

كماهيرن مڠڬوناكن چونتوه دان الوستراسي
ڤڠڬونأن چونتوه دان الوستراسي اكن ممودهكن موريد مماهمي مقصود ايديا اتاو كونسيڤ يڠ ابستراك. ڤڠاجرن دان ڤمبلاجرن اكن منجادي لبيه برمعنا دان مڽرونوقكن. چونتوه-چونتوه بوليه دبوات سچارا ليسن (انالوڬي دان چريتا) دان بوكن ليسن (راجه، ڤيتا،ڬمبا،مودل، اتاو دمونستراسي). چونتوه يڠ باءيق اياله چونتوه يڠ بياسا اتاو دالم ڤڠتاهوان موريد.

ڤرينسيڤ كماهيرن مڠڬوناكن چونتوه دان الوستراسي
ا. برمولا دڠن چونتوه يڠ موده دان برداسركن ڤڠالمن سديا اد موريد (درڤد يڠ دكتاهوي كڤد يڠ تيدق دكتاهوي)
ب. ريليۏن دان بركاءيتن دڠن ايديا، كونسيڤ اتاو ايسي يڠ هندق دسمڤايكن.
ج. داڤت مڠكلكن مينت دان راس ايڠين تاهو موريد. ريسڤون سچارا ليسن درڤد موريد ممبنتو ڬورو مڠسن كادأن اين.

::Set Induksi versi Jawi::


سيت ايندوك سي
ڤنداهولوان
سيت ايندوك سي اياله ساتو كومڤولن تيندقن اتاو اكتيۏيتي اونتوق ممڤركنلكن سسواتو. دالم ڤڠاجرن سيت ايندوك سا اياله " تيندقن-تيندقن دان ڤڽاتأن ڬورو يڠ برتوجوان مڠهوبوڠكن ڤڠالمن موريد دڠن أوبجيكتيف-أوبجيكتيف دالم سسواتو ڤلاجرن"
         سيت ايندوك سي مروڤاكن ساتو ڤروسيس يڠ دڤركنلكن ڤد ڤريڠكت ڤرمولأن ڤلاجرن دڠن توجوان مناريق ڤرهاتين سرتا مندوروڠ موريد دالم ڤڠاجرن دان ڤمبلاجرن.

·       ڤد اول ڤڠاجرن
·       3 - 7 مينيت اول
·       دأڠاڤ سباغاي مقدمة دلم ڤڠاجرن
·       اد ڤرکاءيتن لڠسوڠ دڠن ايسي ڤلاجرن
·       لڠکه ڤرتام دالم مڠمبڠکن ايسي کندوڠن ڤڠاجرن

توجوان-توجوان سيت ايندوك سي:-
1.منداڤتكن ڤرهاتين سرتا ممبڠكيتكن مينت موريد ترهادڤ توڤيق ڤلاجرن يڠ اكن دسمڤأيكن اوليه ڬورو
.ملتقكن موريد دالم كادأن برسديا منريما ڤلاجرن يڠ اكن دسمڤأيكن اوليه ڬورو 2
3.ممبنتوق ساتو راڠك ڤڽوسوسنن ايديا-ايديا، ڤرينسيڤ-ڤرينسيڤ اتاو معلومت يڠ اكن مڠيكوتي ڤڠاجرن
. 4مرڠسڠكن موريد اڬر برمينت دان مليبتكن ديري دالم ڤلاجرن
5.سوڤاي موريد داڤت مڠيڠت كمبالي ايسي-ايسي ڤلاجرن يڠ لالو
6.مڽدياكن ساتو ستروكتور باڬي ساتو-ساتو ڤلاجرن مڠايتكن ڤلاجرن بهارو دڠن ڤلاجرن لالو
7.مڠڬالقكن موريد مڽرتاي ڤلاجرن دڠن تكون دان برسماڠت
8.مڠايتكن ڤلاجرن بهارو دڠن ڤلاجرن لالو

كومڤونين-كومڤونين كماهيرن سيت ايندوك سي:-
-مناريق ڤرهاتين
ڬورو بوليه مناريق ڤرهاتين موريد دڠن مڠوبهكن نادا سوارا، مڠڬوناكن ابم اتاو منونجوقكن سواتو اكتيۏيتي يڠ لوار بياسا
-موجودكن موتيۏاسي
ڬورو بوليه مموتيۏاسيكن موريد دڠن ممبڠكيتكن راس ايڠين تاهو، مڠڬوناكن تيكنيك برچريتا، موجودكن اكتيۏيتي-اكتيۏيتي يڠ مڽرونوككن دان مڠاجوكن سؤالن يڠ منچابر.
-ممبوات ڤركاءيتن ڬورو
ممبوات ڤركاءيتن انتارا ڤلاجرن بهارو دڠن ڤڠتاهوان سديا اد ڤد موريد دڠن مڠڬوناكن ساتو سيري سؤالن يڠ بركاءيتن، مڽاتاكن چارا-چارا ملقساناكن توڬس اتاو مڽاتاكن اكتيۏيتي توڬس اتاو ڤروجيك.
-منستروكتور
ڬورو بوليه منستروكتور دڠن مڠايتكن ڤڠتاهوان يڠ لالو، مڠايتكن ايسي-ايسي ڤلاجرن بهارو سرتا مڠايتكن مينت دان ڤڠالمن موريد.
 
كسن كماهيرن سيت ايندوك سا ك اتس ڤڠاجرن ڤمبلاجرن
اڤابيلا أوبجيكتيف-أوبجيكتيف سيت ايندوك سا برجاي دچاڤاي، كسن ڤڠڬوناان كماهيرنڽ داڤت دڤرهاتيكن سڤرتي برايكوت:
- موتيۏاسي موريد ترهادڤ ڤلاجرن يڠ اكن دسمڤأيكن اداله تيڠڬي. مريك اكن منونجوقكن تندا ڤرسديان اونتوق مڠيكوتي اكتيۏيتي ڤڠاجرن ڬورو

- سموا موريد اكن مينومڤوكن ڤرهاتين ترهادڤ ڤلاجرن يڠ دسمڤأيكن. كسن اين ممبوليهكن ڬورو منجالنكن اكتيۏيتي ڤڠاجرن دڠن لنچر تنڤا سبارڠ ڬڠڬوان يڠ تيدق دايڠيني
-موريد-موريد بوليه مڠڬوناكن ڤڠتاهوان سديا اد اونتوق ممبينا كونسيڤ يڠ بهارو دڠن لبيه موده دان برمعنى
-موريد-موريد اكن لبيه برسديا دان بروسها برسوڠڬوه-سوڠڬوه اونتوق منجالنكن توڬس دان اكتيۏيتي يڠ دبريكن اوليه ڬورو
-اكتيۏيتي ڤڠاجرن دان ڤمبلاجرن داڤت دلاكوكن دالم سواسان يڠ اكتيف دان سرونوك
-مسئله ديسيڤلين داڤت دكورڠكن كران اكتيۏيتي سيت ايندوك سا اين داڤت مناريق موريد مينومڤوكن ڤرهاتين سڤنوهڽ دالم اكتيۏيتي ڤڠاجرن دان ڤمبلاجرن يڠ سلانجوتڽ



Friday, April 23, 2010

::Strategi Pembelajaran dan Pengajaran Dlm Pendidikan Islam::


Pendahuluan

Pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia memerlukan pendidikan untuk hidup dengan sempurna, harmoni dan sejahtera. Pendidikan formal yang bermula di sekolah sebagai langkah pertama untuk membina intelektual manusia di mana ianya memerlukan satu kaedah dan strategi yang mantap. Justeru dalam pendidikan sekolah hari ini pelbagai kaedah yang telah digunakan dalam usaha melahirkan murid yang mampu membaca, mengira dan menulis. Oleh yang demikian kaedah atau teknik yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mempunyai sesuatu yang boleh menarik minat murid untuk belajar, maka dengan ini murid akan berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Disamping itu juga dapat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan teknik yang akan dijelaskan oleh pelatih adalah amat berkait rapat dengan subjek yang diajar oleh pelatih sendiri

Strategi Pengajaran

Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pula bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah serta teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang dalam sesuatu pendekatan dengan berkesan (Mok Soon Sang 2006: 313).

Terdapat beberapa strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran:
1- strategi pemusatan guru
2- strategi pemusatan murid
3- strategi pemusatan bahan
4- strategi berasaskan tugasan

Strategi Pengajaran Pendidikan Islam

Strategi pengajaran dalam pendidikan Islam boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:

Pendekatan
cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan
-harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu
-kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan
- mendokong sesuatu teori

Kaedah
-siri tindakan guru yang sistematik
- lebih bercorak jangka pendek
- merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih
- mendokong pendekatan yang dipilih

Teknik
- merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan
- pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah
- digunakan dalam langkah pengajaran
- perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih

Strategi
- kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran
- lebih mengambil kira objektif jangka panjang
- mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya

Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam
1- Besepadu
2- Induktif
3- Deduktif
4- Qudwah hasanah
5- Kelas, kumpulan dan individu
6- Berpusatkan guru
7- Berpusatkan pelajar

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

a. Pemahaman
b. Ulangan
c. Lawatan
d. Latih tubi
e. Dialog
f. Talaqqi/Musyafahah
g. Inkuiri
h. Bacaan
i. Hafazan
j. Cerita
k. Halaqah
l. Soal jawab
m. Perbincangan
n. Sumbangsaran
o. Penyelesaian masalah
p. Main peranan
q. Simulasi
r. Tunjukcara
s. Projek

Prinsip dalam Strategi Pengajaran Pendidikan Islam

a. Dari mudah kepada susah- mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah.
b. Dari maujud kepada mujarad- menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud.
c. Dari perkara yang maklum kepada perkara yang majhul- memanipulasi pengetahuan yang sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru.
d. Dari dekat kepada jauh- memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi.
e. Dari spesifik kepada umum- memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.

Dalam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran, pelatih memilih kaedah Talaqqi dan Musyafahah, Latih Tubi, Halaqah, Ulangan, Soaljawab dan Hafazan. Kaedah ini berkesan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelatih memilih subjek Pendidikan al-Quran sebagai subjek untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah yang telah disebutkan tadi.

Talaqqi dan Mushafahah- kaedah yang digunakan dalam kemahiran tilawah al-Quran dimana murid mengadap guru untuk membetulkan bacaan.

Latih Tubi- pengulangan fakta-fakta atau kemahiran yang hendak dicapai.

Halaqah- murid duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan.

Ulangan- pembacaan atau mengingat sesuatu kemahiran secara berulang-ulang

Soaljawab- guru mengemukakan soalan dan murid mengemukakan jawapan yang sewajarnya.

Hafazan- melibatkan proses mengingat secara langsung.

KAEDAH, STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN

Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan pemusatan kelas, kumpulan dan individu. Ia bertujuan untuk melibatkan kesemua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada guru untuk mengenali murid-murid dengan lebih dekat.

Menerusi kaedah Talaqqi dan Mushafahah, iaitu kaedah dimana murid berhadapan dengan guru untuk membaca al-Quran, sekiranya terdapat kesilapan pembacaan guru akan memperbetulkannya. Kaedah ini amat berkesan kerana pelatih dapat mengenalpasti kesilapan bacaan murid dan seterusnya dapat memperbetulkannya secara langsung, malah ia juga dapat mengenalpasti tahap penguasaan pembacaan al-Quran. Kaedah ini dilakukan dengan cara menyuruh murid membaca al-Quran kemudiannya guru membetulkannya dan diikuti semula oleh murid tersebut dengan bacaan guru. Ini dapat membantu pelatih mencari jalan yang terbaik bagi meningkatkan lagi tahap pembacaan murid tersebut.

Kaedah latih tubi pula merupakan satu kaedah yang kerap digunakan oleh pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Latih tubi merupakan satu kaedah pengulangan fakta yang telah dibaca, ini adalah bertujuan supaya murid dapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Kaedah latih tubi ini digunakan oleh pelatih di dalam kelas secara kelas, kumpulan dan individu. Sebagai contoh, pelatih menyuruh semua pelajar membaca surah fatihah mengikut bacaan pelatih, kemudian murid disuruh membaca secara kelas, kumpulan dan individu. Pemerhatian yang telah dibuat menunjukan bahawa kaedah latih tubi ini meningkatkan kefasihah menyebut, mengenal dan juga dapat membantu murid mengingat huruf-huruf yang telah dibaca.

Halaqah merupakan satu kaedah di mana murid mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan. Kaedah ini pelatih mengunakan pendekatan pemusatan guru dan pemusatan murid. Kaedah ini membahagi beberapa kumpulan murid dengan jumlah minimum kira-kira sepuluh orang murid dalam satu kumpulan, dalam kumpulan ini guru boleh bertindak sebagai fasilitator di samping murid bebas mengemukakan pandangan masing-masing. Dalam situasi sedemikian guru dan murid dapat berinteraksi secara langsung. Kaedah ini diperaktikan oleh pelatih semasa pembahagian kumpulan untuk rekod bacaan al-Quran. Kaedah ini dilakukan oleh pelatih untuk mempercepatkan proses bacaan al-Quran.

Kaedah ulangan merupakan kaedah yang biasa digunakan oleh guru. Kaedah ini digunakan oleh pelatih dalam pembacaan buku Iqra’. Ianya dilakukan dengan mengulangi semula apa yang dibaca oleh murid, ianya bertujuan untuk proses mengingat dan proses kelancaran bacaan. Menerusi kaedah ini juga murid dapat mengingati sesuatu fakta dengan cepat dan berkesan. Dalam pembacaan al-Quran, pelatih menggunakan kaedah ini sebagai proses pembacaan semula, kerana ada sesetengah murid tidak dapat membaca tetapi mengunakan kaedah menghafaz. Jadi secara tidak langsung kaedah ulangan ini memberi faedah kepada murid-murid yang mempunyai masalah tidak dapat membaca dan mengenal huruf.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kaedah soaljawab perlu digunakan untuk memastikan murid-murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Kaedah ini ialah guru mengemukakan soalan dan murid memberi jawapan yang sewajarnya. Kaedah ini digunakan oleh pelatih dalam matapelajaran al-Quran. Dalam hal ini pelatih akan memperdengarkan bacaan al-Quran dan kemudiannya menyoal murid tentang apakah surah di baca sebentar tadi. Murid yang memahami akan mengetahui apakah surah yang dibacakan. Kaedah ini perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya merupakan pengukuran bagi mengetahui samaada murid-murid memahami atau tidak pengajaran yang disampaikan. Menerusi kaedah ini juga interaksi dua hala dapat diwujudkan, malah lebih daripada itu ianya dapat mengikis sikap malu untuk bertanya.

Kaedah yang terakhir digunakan oleh pelatih ialah kaedah hafazan. Kaedah ini merupakan satu kaedah atau proses mengingat secara langsung. Ini bermakna murid akan menggunakan kaedah ini untuk mengingati fakta-fakta khusus dalam pelajaran mereka. Kaedah ini diperaktikan oleh pelatih dalam proses menghafaz al-Quran. Pelatih akan memastikan murid terlebih dahulu dapat membaca al-Quran dan kemudiannya pelatih menyuruh murid-murid meghafaz al-Quran. Kaedah ini bertujuan supaya sentiasa mengamalkan surah yang dihafaz. Disamping itu juga membantu murid-murid melatih daya ingatan masing-masing.