Pages

Friday, December 3, 2010

::Tahniah!!::


TAHNIAH!!TAHNIAH!!TAHNIAH!!!

Cik thur ucapkan kepada sahabat2 cik thur [Nur Azmira Zakora, Nurul Najwa,Lailasari, Siti Asmad,dan Zawiyah] dan sahabat 2lain yg berjaya ke peringkat seterusnya utk menghadiri temuduga Kpli ambilan januari 2O11...mg kalian semua berjaya untuk mengikuti kursus Kpli yg banyak cabaran dan dugaanya...setahun pengalaman cik thur bersama rakan2 kpli sangat menyeronokkan, ada manisnya..ada pahitnya...payau2 pun ada..hehe....

untuk temuduga kali ni cik thur rasa sahabat2 perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal..bagi calon2 yg pernah menghadiri temuduga ini...cik thur yakin yg anda pasti lebih bersedia....GUD LUCK!!

Monday, November 29, 2010

::ABM/BBM::

 
Alat Bantu Mengajar adalah  alat yang digunakan untuk membantu seseorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti papan putih, komputer,layar putih, LCD, papan gulung, radio, dan  alat2 yang lain difikirkan sesuai. Manakal bahan bantu mengajar pula ialah bahan yang dibina seperti kad2 huruf,kad2 kalimah, belon, tongkat sakti,dadu dan pelbagai lagi, samada ianya digelar ABM atau BBM seseorang guru pelatih perlulah memastikan bahan atau alat ini wujud sebelum sesi p& p, kerana ianya mampu menarik minat murid2 untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran.

Ti p memilih dan membina ABM/BBM
1. Guru perlu merancang dan memikirkan ABM/BBM yg sesuai sebelum p& p
2. Mencari, dan membuat kolabrasi dengan sekolah2 lain bagi mencari BBM yg sesuai
3. pastikan alat seperti LCD, Komputer berada dalam keadaan baik dan dapat digunakan  ketika p& p
4. Menggunakan ABM/BBM yang telah disediakan oleh pihak sekolah atau ppd
5. Menggunakan bahan2 terpakai untuk membina BBM
6   pastikan BBM yang dibina dapat digunakan berulang kali dengan cara yg berbeza
7. BBM tidak perlu terlalu banyak sehingga meyukarkan guru untuk meneruskan langkah2 pengajaran.
8. pastikan guru menggunakan pendekatan berpusatkan bahan, dimana guru menggunakan BBM yg sebainya did lm p & p  dan pelajar dapat menyentuh BBM yang dibina.
9. pastikan guru telah menetapkan displin bilik darjah, agar kawalan murid didalm p& p terkawal, dan semua murid da pat medekati dan menyentuh BBM yg dibina.

Bagaimana menyediakan BBM yang menarik??
  1. GAMBAR:-
-         Gambar yang dibina hendaklah besar, contohnya gambar yang dipaparkan hendaklah melebihi saiz A4
-         Gambar yang dilukis atau di cetak mestilah berbentuk, cthnya jika kita membuat gambar kereta, gambar tersebut bentuknya seperti kereta,dan bukannya gambar tersebut dilekatkan diatas kad berbentuk segi empat
2. TULISAN:-
- Tulisan hendaklah jelas dan besar sehingga pelajar dibelakang mampu melihatnya
- menggunakan tulisan yang sesuai dan bukannya tulisan sambung sehingga meyukarkan murid2 untk membacanya
3. WARNA:-
- Kombinasi warna hendaklah sesuai cthnya latar belakang bewarna hitam tulisan bewarna kuning.
- warna yang terlalu terang sehingga tidak menam pakkan bentuk gambar dan tulisan harus dielakkan.
-warna tulisan juga harus sesuai.

4. Lebih baik jika BBM tersebut dapat disentuh oleh murid, cthnya huruf yang dibina mestilah timbul, ia akan meningkatkan lagi motivasi instrinsik ke pada murid.

Cik thur pernah membentangkan tentang “tulisan dan warna yang sesuai ketika membina power point” ini di hadapan rakan2 guru pelatih ketika di ipg tempohari, cik thur rasa ia juga sesuai jika kita membina BBM…,peranan warna dan tulisan ini penting bagi menghasilkan BBM yg menarik. Mungkin pada entry yg lain cik thur cuba masukkan entry tersebut jika ia masih lagi dalam simpanan.

Saturday, October 9, 2010

::Berlalu la sudah 3 bulan di sana~::

Cik thur masuk ke dalam kelas dengan penuh semangat yg jitu..mata yg bersemngat dan penuh terang ini terpandang  sekeping kertas bewarna putih+berjalur di atas meja guru dengan tulisan….to:cikgu suraya…tersenyum melihat tulisan itu ..tersenyum ada makna….rasa gembira dan terharu pun ada….


Cik thur trus membetulkan kedudukan alas meja guru..seolah2 Cik thur tidak menyedari kehadiran surat itu…lalu dtg seorang murid memberitahu ttg kewujudan kertas  putih+ berjalur itu, barangkali dikoyak dari buku tulisnya…cik thur hanya mengangguk tanda cik thur sedar dan menghargainya…itulah saat terakhir ketika Cikthur berada di kelas mereka…kelas tahun 2….


sedar tak sedar bercampur dengan kesibukan di dunia ini….rupa2nya.dah hampir seminggu mase berlalu… cik  thur  sudah pun kembali semula ke IPG untuk menyambung pengajian..gembira+sedih=bercampur gaul perasaan cik thur setelah 3bulan menjalani latihan amali di S.K.Putrajaya 14 (1)..seronok  bila dapat berkenalan ngan kwn2 cik thur dari IPG lain..trima kasih banyak2 dan minta maaf jika ada yang xkena…insyaallah ada umur yg panjang boleh kita berjumpe lagi… mungkinkah cik thur akan kembali ke sekolah ini untuk menabur khidmat bakti…em..cik t hur pun xpasti….


p/s: terima kasih banyak2 kpd GB, GPK , GPK HEM, GPK KOKURIKULUM dan semua staf pentadbiran dan Guru-guru SK P14 (1) yg banyak membantu terutamanya K.Bad, K.Zaini serta guru pebimbing kami Ust Noraini & Us Shazerri dan terima kasih juga kerana banyak memberi peluang kepada Cik thur dan Cik Nis menimba pengalaman baru dan mencedok  ilmu sepanjang berada di sini..

Wednesday, September 8, 2010

::Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H::



<<<SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI>>

wat adik2 yang  bakal menghadapi UPSR..jangan lupa baca buku..jangan asik beraya ye...

SELAMAT MENGHADAPI UPSR..

p/s: Jgn main mercun!!!!main bunga api pun kena jaga2

Saturday, July 31, 2010

~~PRACTIKUM~~


Rasanya blum terlambat utk cik thur mengucapkan selamat berpractikum kepada sahabat2 cik thur...dan juga sahabat2 baru cik thur iaitu...kak eliz..kak suzi..kak edreen dan kak sha(dari IPBA)....wat mase ni..cik thur xdapat nak masukkan entry2 yg berkaitan dengan ilmu pendidikan...cz sangat sibuk menjalani practikum.....macam2 nak kena buat....banyak nyer kerja sampai tak terkata...ni pun cik thur..cuba jugak curi masa utk berkongsi dengan pengunjung blok cik thur...doakan kami selamat dan permudahkan urusan...n cepat2 abis practikum~~

Lukisan dari nur amirah (2Hamka)....even lukisan di atas kertas biasa..ianya tetap dihargai...

 
senibina bangunan di sekolah2 putrajaya...
 

karenah anak murid apabila diajak bergambar..hehe



 xtiviti perkhemahan unit kokurikulum...


bila budak-budak dapat memasak..hu~~

 kem bestari solat....

p/s: sepertengahan practikum ni banyak pekara yag cik thur belajar...ditambah pula dengan pengalaman-pengalaman yg ada sebelum ini...mg banyak lagi ilmu yg dapat cik thur cedok..utk bekalan cik thur pabila menjadi guru sebenar nanti.... insyaallah...

Monday, June 21, 2010

::U.P.S.R dan P.M.R bakal dimansuhkan???::




UPSR dan PMR bakal dimansuhkan???inilah isu terbaru pendidikan dan mungkin hangat diperbincangkan...cik thurr cube bawa isu ini utk dibincangkan dalam laman sosial Facebook...dan ramai yg memberi pandangan....dari seorang pelajar hinggalah bakal ibu, bakal bapa serta bakal pendidik...tahniah dan terima kasih cik thurr ucapkan kerna peka dgn isu pendidikan negara...soklan yang cube cik thur utarakan berbunyi seperti ini:

"PMR dan UPSR bakal dihapuskan dan diganti dengan ujian penilaian peringkat sekolah..ia dihapuskan kerana keputusan ujian ini tidak digunakan untuk memohon jawatan dan pekerjaan..malah negara kita juga merupakan negara yang paling banyak peperiksaan besar...pekara ini masih diperingkat perbincangan...pendapat anda???wajarkah??"

dan antara komen mereka >>

wajr ssangt....klau bleh thun ni jgak kuat kuasakn...hehe
(ad chan ak xde PMR thun ni.....yahoo)-Muhammad Faiz Emran-

mcm.. xbest.. sbb bile ader pekse besar.. bru rase jantung nak pecah.. n nak score smthg.. so penting jugak la.. nak try kemampuan diri.. bg akak.. bter cam biase..-Iewa Najwa Znb-

exam mmg compulsory..wajib kekalkan mcm biasa.no asessment no progression! -Wadah Salwa-

bagi say kak, itu mgkin satu cadangan yang ada baiknye klu d pikir dlm satu sudutlah, tapi bagi say tindakan tu agk terlalu aggresive, sbb ianya dah jadi sebati dlm masyarakt kita dlm menghadapi banyk exam, dan say lihat blum ada rugi dan kesan negative jika kita teruskan tradisi ni, pluang plajr tuk sambung dlm pelbagai bidang amat luas melalui exam2 nie..-Hussin Amani-

sy sutuju ngn pendapat puan Wadah Salwa..kalau xde assement pljr akn bljr dgn lewa..bg dyorg stakat peperiksaan peringkat sekolah xde apa..bljr pun ebih kurg je..mungkin akan ada cikgu2 yg bersikap mengajar tidak bersungguh..sbb kalau xde peperiksaan besar mcm upsr n pmr, dyorg rasa pihak sek n ppd tidak berapa menekankan pencapaian yg cemerlan utk... anugerah n sebagainya..tp dari sudut yg lain pulak, jika pelajar belajar krn hny kerana nak lulus dgn cemerlang dlm pmr, dikhuatir pljr tersebut bljr tdk ikhlas, hny kerana sijil ruh ilmu itu tiada..bila dah masuk ting.4 hbs lupa suma yg dipelajari..huhuhu..thats my opinion.-.Ibnu Mohamed Aniq AlQurawi-

di johor, pmr masih lg digunakan tuk mohon jawatn wlaupn tuk jd pgawai.... kalo unde spaj la.... so pmr masih lg releven tuk pelajar, kalo xda nnti bljr main2...-Nabihah Johari-

nk hapus o nk kekal i2 terplg pd pihak bertggjwb
yg pntg penambahbaikan dlm sistem pembelajaran negara kita perlu di tingkatkn lg
jgn hapuskn exam sbb xd gne utk keje tp prestasi pelajar2 msh same o maken truk
jd ape rasionalnya prubhn yg d buat?
sye x membantah cdngn ni..
cume lbh baek tumpukan pd peningkatan prestasi pelajar
x slh kekalkn apa yg ada o gntikan sistem yg lbh baek dan lbh berkesan-
Mohd El-Yas Sapuan-

Dibawah ini pula akhbar Kosmo bertarikh 21 jun di ruangan negara>>>

MUAR - Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh semalam.

Beliau berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja dan bukannya sebagai peperiksaan awam. katanya pihak kementerian bagaimanapun tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu2kan pandangan semua pihak mengenainya. Muhyiddin berkata, secara peribadi beliau berpendapata hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana soal kerjaya pun hanya SPM yang digunakann. namun menurut beliau, UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar kesekolah berasrama penuh atau aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu peperiksaan awam sahaja,  guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat, interakrif dan aktiviti kokurikulum lain serta sukan. kepada satu soalan, Muhyiddin berkata, keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia.

Td cik thur dengar lagi berita....ada yg mengatakan PMR wajar dihapuskan dan tidak pada UPSR...tapi bak kate nabihah "di johor, pmr masih lg digunakan untuk memohon jawatn wlaupn untuk menjadi pgawai.... sekiranya memohon dibawah SPA johor... so pmr masih lg releven untuk pelajar"

Jadi kesimpulan yg dapat cik thurr buat, apa2 pun perubahan yg dibuat utk memantapkan sistem pendidikan negara sangat2lah di alukan asalkan peningkatan dan prestasi pelajar harus diutamakan dan diberi perhatian seiring dengan kokurikulum seperti kate sahabat cik thur elyas..

Tuesday, May 25, 2010

::RPH Surah Al-Kafirun ayat Hafazan Tahun 2::


رانخغن فغاجرن هارين

مات فلاجرن           : فنديديقن اسلام
كلس/تيغكتن          : تاهون 2 بودي
ماس/ تاريخ / هاري   : 8.30-9.00 / 25-5- 2010 (11
جمادي الاخير 1431ه )/    ثلاث
 بيلغن موريد           : للاكي : 10                فرمفوان : 16
بيدغ                   :
تلاوة القرءان
تاجوق                 :
حفظن سورة الكافيرون
كماهيرن               :
مغحفظ دان مغمالكن
فغتاهوان سديا اد      :
موريد2 فرنه ممباخ دان مندغر سورة الكافيرون
حاصيل فمبلاجرن     :
فد اخيرفغاجرن دان فمبلاجرن موريد2 دافت :
                                  ارس 1
                                - مغحفظ فوتوغن ايات1-2 درفد سورة الكافيرون دغن بتول
                                  ارس 2
                                - مغحفظ سورة الكافيرون ايات1-3  دغن بتول
                                  ارس 3
                                 - مغحفظ سورة الكافيرون ايات1-3  دغن بتولولنخر دان برتجويد
كماهيرن برفيكير                : ممبنديغ دان منيلاي حفظن موريد دغن خونتوه رقمن دان باخان ضورو
فنرافن نيلاي                    : إستيقمه دالم ممباخ القرأن
ضابوغ جالين                   : اخلاق اسلاميه (برادب كتيكا ممباخ القرءان دان مغحفظث)
فثرافن/ رنتسن                  : بهاس عرب
باهن بنتو                       : LCD , CD ,كومفوتر
لغكه/ ماس
ايسي كندوغن
اكتيۏيتي فغاجرن دان فمبلاجرن
خاتتن
مقدمة
2 مينيت
الشهادتان دان الدعاء:
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا
- موريد مغتواي باخان دعا ستله دمينتا اوليه ضورو
- موريد2 لاين دمينتا مغيكوت باخان دعا برسام-سام
- سموا موريد ملفظ كلمة شاهده برسام-سام

سيت ايندوك سي
3 مينيت
سوره الكافيرون أية 1 – 6
قُلْ يا أَيُّهَا الْكافِرُونَ (1) لا أَعْبُدُ ما تَعْبُدُونَ (2) وَلا أَنْتُمْ عابِدُونَ ما أَعْبُدُ (3) وَلا أَنا عابِدٌ ما عَبَدْتُّمْ (4) ولا أَنْتُمْ عابِدُونَ ما أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6)
ضورو برسوال جواب دغن موريد -
موريد تنتغ فركاتان  "كافير"  دان مغايتكنث دغن تاجوق فلاجرن أية حفظن سوره الكافيرون


لغكه 1
7 مينيت
سوره الكافيرون يات 1 – 6.
- ضورو منايغكن ۏيدياو باخان سوره الكافيرون ايات 1 – 6.
- ضورو ممفاميركن سليد سوره الكافيرون ايات 1 – 3.
-
ضورو ممينتا موريد – موريد ممباخ برسام – سام دغن ضورو سخارا كلس، كومفولن دان اينديويدو.
LCD
CD
كومفوتر

لغكه 2
6 مينيت

سوره الكافيرون ايات 1 – 3.
قُلْ يا أَيُّهَا الْكافِرُونَ (1) لا أَعْبُدُ ما تَعْبُدُونَ (2) وَلا أَنْتُمْ عابِدُونَ ما أَعْبُدُ (3)

موريد ممباخ سوره الكافيرون مغيكوت كومفولن دان اينديويدو سخارا برضيلير-ضيلير دان برولغ2 مغيكوت ارهن ضورو


لغكه 3  
7 مينيت

سوره الكافيرون ايات 1 – 3.
قُلْ يا أَيُّهَا         الْكافِرُونَ (1)

لا أَعْبُدُ     ما تَعْبُدُونَ (2)
 
وَلا أَنْتُمْ     عابِدُونَ      

ما أَعْبُدُ (3)
ضورو مغيدركن كاد – كاد فوتوغن ايات سوره الكافيرون ايات 1 – 3 كفد موريد – موريد يغ ممبنتوق ببراف كومفولن.
- موريد – موريد دمينتا م
ثوسون سمولا فوتوغن كاد ترسبوت منجادي ايات يغ لغكف دالم ماس يغ دتنتوكن.
-
ضورو منيلاي حاصيل كرجا موريد – موريد.
-
ضورو ممينتا ستياف كومفولن ممباخ سمولا حاصيل كرجا ترسبوت.
- موريد – موريد دمينتا م
ثالين سمولا ايات دري سوره يغ تله دباخكن ترسبوت.

فنوتوف
5 مينيت

ضورو ممينتا موريد – موريد ملافظكن باخان سوره الكافيرون سخارا حفظن مغيكوت كومفولن سرتا برفاسغن.
- ضورو منرغكن فغضوناان باخان سوره
الكافيرون دالم كهيدوفن سهارين.
خونتوهث : باخان دالم صلاة.
باخان كتيكا هندق تيدور.





ريفليكسي كنديري :
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

اولسن فينشرح/ ضورو فمبيمبيغ :
________________________________________________________________________________________________________________________________________________