~Gambar Hiasan~
Sekolah kluster ialah satu jenama
yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya
daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah
kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan
Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster
yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Pemilihan sekolah kluster akan
dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
- Sekolah Rendah yang terdiri
daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
- Sekolah Menengah yang terdiri
daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah
Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan
Sekolah Model Khas.
- Sekolah Rendah Pendidikan Khas
(SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
- Sekolah Antarabangsa dan
Sekolah Swasta
- Institusi lepas menengah
seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu
memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
Prasyarat Pertama
- Pengukuran Standard SekolahSekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Prasyarat Kedua
- Kecemerlangan Kurikulum
(Sekolah Menengah)
-
- SBP : GPS 2.5 dan ke bawah- SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah- SMT : GPS 4.0 dan ke bawah- SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
- Kecemerlangan Kurikulum
(Sekolah Rendah)
- Sekolah Rendah Harian : 80% dan
ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR,
atau
- Peratus kelulusan menunjukkan
peningkatan; atau
- GPS UPSR : 2 dan ke bawah
Syarat Pemilihan:
- Kecemerlangan murid dalam aspek:- Akademik- Kokurikulum- Sahsiah
- Pengurusan sekolah berwawasan
dan berkesan.
- Pembangunan sumber terurus dan digunakan
secara optimum.
- Pemimpin sekolah mengamalkan
kepimpinan berkualiti.
- Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
- Iklim sekolah kondusif untuk
pembangunan modal insan.
- Keberkesanan pelaksanaan
program KPM
- Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan
syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur
pemilihan adalah seperti berikut:
- Penerimaan pencalonan
- Penilaian menggunakan instrumen
SKPM dan Annex
- Penentuan standard (standard
fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
- Kesahan calon dalam Mesyuarat
Hal-hal Profesional
- Calon dimaklumkan kepada
Lembaga Penasihat
- Pengumuman oleh YB Menteri
Pelajaran
No comments:
Post a Comment