Pages

Tuesday, July 10, 2012

::Contoh Soalan KISSM 2012::

Bismillahirahmanirrahim..


Ok..Cik Thur nak kongsi kat smua..cth soalan SUBJEKTIF KISSM....peperiksaan yang melibatkan KISSM ni ada dua kertas..kertas satu mengandungi 40 soalan objektif...manakala soalan Subjektif mempunyai 2 Bahagian...setiap bahagian pula, kena pilih dua jer..jom kita tgk cth soalan subjektif ini....


BAHAGIAN  I

Soalan 1: 
1. En. Rizal telah dilantik sbg seorang ketua pengarah di sebuah jabatan kerajaan.
a. Bagaimana dapat ditentukan bahawa beliau mempunyai sifat kepimpinan yang unggul
b. Huraikan cara2 utk mengelakkan perbuatan pilih kasih dlm tindakan2 dikalangan pemimpin/ketua

Jawapan:
a) ciri-ciri bahawa seorang KJ itu telah dpt memberikan kepimpinan yg berkesan
i. matlamat organisasi dpt dicapai sepenuhnya
ii. dpt mewujudkan suasana harmoni dan tenteram dlm organisasi ke arah peningkatan kreativiti dan inovasi dlm jabatan
iii. organisasi dipercayai oleh pelanggan,orang ramai dan pihak atasan
iv. berjaya meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja2nya dgn program latihan berterusan
v. dpt mengelakkan pertembungan kepentingan peribadi dengan tugas rasmi jabatan
vi. sesuatu keputusan dibuat secara mesyuarah
vii. dpt mewujudkan k/sama dan kerja berpasukan dlm organisasi

b) cara2 utk mengelakkan perbuatan pilih kasih dlm tindakan2 dikalangan pemimpin/ketua organisasi/jabatan
i. bersikap adil dlm semua tindakan dan keputusan
ii. memilih individu yg benar2 layak dan berkebolehanbagi sesuatu jawatan
iii. mengesahkan jawatan pekerja2 yang telah layak dan memenuhi syarat2 yg ditetapkan sahaja
iv. mengetahui dengan jelas tugas2 yg dijalankan oleh pekerja2 bawahannya sebelum membuat penilaian prestasi dengan adil
v. pekerja yg berkelayakan sahaja dipertimbangkan kenaikan pangkat, memangku, kursus dan angerah khidmat cemerlang.
vi. Tidak memilih pekerja2 yg rapat dengannya sahaja utk sesuatu anugerah/penilaian prestasi yg tinggi
vii. Tidak mengabaikan pengambilan tindakan tatatertib kpd pekerja2 yang sengaja melanggar peraturan dikalangan yang rapat dengannya dan sebaliknya
viii. Tidak hanya menaikkan pangkat pekerja bawahannya yg sealiran dengannya sahaja.

Soalan 2:
a) Nyatakan Dua prinsip asas dlm sistem Belanjawan Diubahsuai
b) Apakah matlamat yg hendak dicapai dgn terlaksananya sistem ini ?

Jawapan: Dua prinsip asas dlm sistem Belanjawan Diubahsuai
i) Kuasa membuat keputusan diberi seberapa praktikal yg boleh kpd peringkat bawahan
ii) Kuasa yg diberi mesti bersesuaian dgn prinsip akauntabiliti

Matlamat dpt dicapai melalui sistem ini
i) agensi pusat tidak perlu lagi mengawasi secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dgn ketat. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan kpd perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana
ii) agensi pelaksana diberi kuasa yg lebih luas utk mengurus program dan aktiviti mereka. Agensi genalpasti lebih awal masalah2 pelaksanaannya yg mungkin timbul dan tindakan sewajarnya diambil. Oleh itu, kelewatan melaksanakan ssesuatu program/aktiviti dapat dielakkan
iii) agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi melaksanakan program/aktiviti mereka. Ini adalah berasaskan kepada konsep “ let manager manage” yang memberi kuasa yang lebih luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program/projek untuk membuat keputusan berkaitan dengan program/projek mereka
iv) kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauh mana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan. Ini membolehkan pengurusan peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibaliti untuk melaksanakan tugas mereka.

Soalan 3: Cuti Haji
Soalan 4: Dasar penswastaan


BAHAGIAN  II
Soalan 1:
1. Lima tindakan yang perlu diambil oleh urusetia sebelum sesuatu mesyuarat dijalankan   

Jawapan: 
· Menentukan agenda
· Membuat tempahan bilik mesyuarat
· Memberikan maklumat yang diperlukan kepada pegawai yang menerima tempahan
· Menentukan kertas kerja Kementerian/jabatan/agensi disediakan untuk perbincangan
· Kertas kerja yang disediakan oleh Kementerian/jabatan/agensi untuk pembentangan dalam mesyuarat perlu diterima dalam tempoh sekurang-kurangnya 15 hari sebelum mesyuarat
· Menghantar surat jemputan mesyuarat. Menentukan surat jemputan dan dokumen-dokumen berkenaan diterima dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari sebelum sesuaatu mesyuarat itu diadakan
· Memastikan persediaan kemudahan-kemudahan bilik mesyuarat dalam keadaan sedia sebelum mesyuarat dijalankan
· Menentukan kehadiran – senarai disediakan 2 hari sebelum mesyuarat
· Perbincangan pra-mesyuarat antara urusetia dengan pengerusi
· Memberitahu ahli tentang etiket mesyuarat
· Menentukan tarikh, tempat dan masa mesyuarat 

*lagi bagus kalau sediakan jawapan sebelum, semasa dan selepas sesuatu mesyuarat.

Soalan 2: 
1. ‘Proses kerja .’ yang terdapat didalam manual prosuder kerja dan ‘fail meja’ ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. 
2. Perbezaan MPK dan FM
3. Definisi MPKdan FM

Jawapan:
1. Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat didalam MPK dan FM ialah;
a. mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas
b. memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa menjalanakan tugas
c. membantu kerja penyeliaan
d. memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila mengemaskinikan diperlukan
e. mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang
f. memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru
g. mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai
h. memudah dan melicinkan urusan harian pejabat
i. menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan
iv) kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauh mana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan. Ini membolehkan pengurusan peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibaliti untuk melaksanakan tugas mereka.

2. (i) Maklumat dalam MPK 
· Gambaran menyeluruh mengenai jabatan atau pejabat seperti sejarah dan rasional penubuhan jabatan/pejabat/objektif, fungsi/prosuder dan pegawai atau staf yang bertanggungjawab melaksanakan prosedur-prosuder tersebut

(ii) maklumat dalam FM
· panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari.
· Senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam jabatan atau pejabat.
· Rangkaian prosuder dan senarai semak (checklist)
· Peruntukan kuasa dan undang-undang yang terlibat dengan tanggungjawab seseorang individu.
· Objektif jabatan, objektif bahagian dan unit
· Carta kedudukan individu dalam bahagian atau unit masing-masing bagi membantu indivisu-individu memahami peranan mereka dalam jabatan atau pejabat.

(iii) perbezaan dari focus dan tujuan
MPK
· dokumen rujukan peringkat jabatan
· berasaskan fungsi dan bidang tugas jabatan
· satu MPK untuk satu jabatan
· mengandungi maklumat menyeluruh mengenai semua aktiviti dalam jabatan

FM
· Dokumen rujukan peringkat individu/jawatan
· Berasaskan tugas dan tanggungjawab individu
· Satu FM bagi satu jawatan
· Mengandungi maklumat / panduan untuk mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi satu-satu jawatan

3.  MPK dan FM adalah alat latihan yang sangat berguna terutamanya kepada pegawai baru dilantik atau pegawai yang baru ditukarkan ke sesuatu jabatan/pejabat.


*kalau jawab dalam bentuk kotak camni..lagi bagus..


Cik Thur: ni ajelah cth soalan yang dapat cik thur kongsikan...ada banyak lagi cth soalan dalam bentuk soft copy..boleh kita download kat google...type jer cth soalan kissm..pasti ada!!SELAMAT MAJU JAYA BAGI MEREKA YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN KISSM.....mgkin sampai tahun 2012 sahaja KISSM dilaksanakan....dengar kabarnya tahun hadapan akanditukar dengan PROGRAM TRANSFORMASI MINDA...betul ker?tunggu aje la...(^_^)V

1 comment:

mohd said...

boleh x bagi soalan penuh soalan 3 dan 4 dan baki soalan subjektif lain utk exam kissm 2012 ? thankss