Pages

Monday, April 26, 2010

::ABM ciptaan sendiri::



Play Dough/Plastesin/Tanah liat


Bahan-bahannya:-

Sekilo tepung gandum
Secawan garam halus
Secawan minyak masak
Pewarna (Warna Buncho@Pewarna kuih)


Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan tadi, gaul sebati sehingga tepung tadi boleh di uli dan dibentuk..Selamat mencuba!!

Di atas adalah cara2 membuat plastesin menggunakan tepung gandum..ia dikatakan lebih menjimatkan kos...dan ianya lebih selamat,jika menggunakan pewarna kuih agar tidak timbul masalah apabila murid TERtelan, TERmakan samada dgn sengaja atau tidak...ia dikatakan tahan selama 6bulan dan bebas dari bahan kimia..berbanding plastesin yg dibeli...

Biasanya ABM ini digunakan ketika pelajaran JAWI,  dalam melatih murid membentuk huruf. Ia juga boleh digunakan dalam apa2 mata pelajaran mengikut kesesuaian dan kekreatifan guru...

Saturday, April 24, 2010

::4 Model pengajaran::



Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktibiti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklumbalas. Fungsi utama model pengajaran ialah memberi peluang kepada perancang mengajar dan guru tentang langkah-langkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta melaksanakan proses pengajaran.
            Dengan adanya model pengajaran, guru dapat membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan dan sebagai asas bagi guru dalam sesi maklumbalas serta pengubahsuaian untuk pengajaran yang selanjutnya. Empat model pengajaran iaitu model ekspositori, model Inkuiri, model inkuiri-penemuan dan model perbincangan dalam konteks biasa.

Model ekspositori
            Model ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.
            Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota mereka.
            Misalnya, guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, hukum, prinsip atau teori matematik. Cara-cara penyampaiannya dengan menggunakan model ekspositori iaitu menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku teks. Guru membuat penerangan, memberi contoh dan menghuraikan konsep daripada buku. Guru juga mendemontrasikan cara melukis atau membina bentuk-bentuk geometri. Guru juga menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari serta menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.
            Kesan daripada Model Pengajaran Ekspositori ini, boleh dikatakan ianya sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan. Di dalam peringkat ini, guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam supaya murid-murid dapat melihat dan memahami konsep atau perinsipnya.
            Kebaikan  model ini ialah guru dapat menjimatkan masa kerana kaedah ini guru dapat menyampaikan terus semua maklumat dalam masa yang singkat dan murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

Model Inkuiri
            Kaedah Inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan.

            Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga model iaitu;
i) model inkuiri sains yang digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Proses penyelesaian masalah bagi model ini iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, menilai dan membuat rumusan.

ii) model inkuiri sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang bkemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik.

iii) model inkuiri juris prudental yang digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti balajar Sains dan Sastera. Proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.   

Model Inkuiri-Penemuan
            Model ini sebenarnya terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan. Namun kaedah inkuiri dan kaedah penemuan adalah berlainan, tetapi pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah sama.
            Seperti kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, model inkuiri-penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membentuk suatu generasi yang diharapkan.  
            Pada amnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah inkuiri dan penemuan mengandungi lima peringkat utama iatu peringkat mengenal pasti topik kajian, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat yang berkaitan, mengkaji dan menganalisis maklumat dan membuat generalisasi atau rumusan.

Model Perbincangan Dalam Konteks Biasa
            Model perbincangan biasa ini adalah sesuai untuk strategi pengajaran dan pembelajaran keseluruhan kelas di antara guru dengan murid, dan kumpulan-kumpulan kecil (sesi buzz) di antara murid dengan murid.
            Langkah-langkah perbincangan ini biasanya mengandungi lima peringkat, iaitu: peringkat rancangan, permulaan, perbincangan, rumusan dan penutup.

Peringkat Rancangan
-       Tetukan topik perbincangan yang sesuai dengan objektif pelajaran, kebolehan dan minat murid.
-       Sediakan bahan-bahan dan kemudahan yang diperlukan.
Peringkat Permulaan
-       Guru menerangkan tujuan perbincangan dan konsep topik yang berkaitan.
-       Bahagikan kelas kepada kumpiulan-kumpulan kecil.
-       Lantik pengerusi dan pencatat bagi setiap kumpulan.
-       Susun meja-kerusi dalam bentuk yang sesuai.
Peringkat Perbincangan
-       Pengerusikan menggalakkan setiap ahli memberi pendapat masing-masing.
-       Ahli-ahili kumpulan mengemukakan pendapat mereka.
-       Pencatat merekodkan pendapat-pendapat mereka yang dikemukakan.
-       Guru bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk memberi bimbingan supaya perbincangan murid tidak terpesong daripada tujuannya.
Peringkat Rumusan
-       Kumpulan-kumpuilan kecil dibubar dan duduk semula dalam bentuk keseluruhan kelas.
-       Pencatat memainkan peranan sebagai pelapor dengan menyampaikan hasil perbincangan mereka di depan kelas.
-       Guru membimbing pelapor membuat penyelarasan antara pendapat-pendapat yang dikemukakan.
Peringkat Penutup
-       Guru membuat rumusan dan ulasan tentang perbincangan yang telah dijalankan.
-       Murid-murid merekodkan rumusan atau  atau isi-isi penting dalam buku nota mereka.

Friday, April 23, 2010

::Strategi Pembelajaran dan Pengajaran Dlm Pendidikan Islam::


Pendahuluan

Pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia memerlukan pendidikan untuk hidup dengan sempurna, harmoni dan sejahtera. Pendidikan formal yang bermula di sekolah sebagai langkah pertama untuk membina intelektual manusia di mana ianya memerlukan satu kaedah dan strategi yang mantap. Justeru dalam pendidikan sekolah hari ini pelbagai kaedah yang telah digunakan dalam usaha melahirkan murid yang mampu membaca, mengira dan menulis. Oleh yang demikian kaedah atau teknik yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mempunyai sesuatu yang boleh menarik minat murid untuk belajar, maka dengan ini murid akan berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Disamping itu juga dapat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan teknik yang akan dijelaskan oleh pelatih adalah amat berkait rapat dengan subjek yang diajar oleh pelatih sendiri

Strategi Pengajaran

Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pula bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah serta teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang dalam sesuatu pendekatan dengan berkesan (Mok Soon Sang 2006: 313).

Terdapat beberapa strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran:
1- strategi pemusatan guru
2- strategi pemusatan murid
3- strategi pemusatan bahan
4- strategi berasaskan tugasan

Strategi Pengajaran Pendidikan Islam

Strategi pengajaran dalam pendidikan Islam boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:

Pendekatan
cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan
-harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu
-kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan
- mendokong sesuatu teori

Kaedah
-siri tindakan guru yang sistematik
- lebih bercorak jangka pendek
- merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih
- mendokong pendekatan yang dipilih

Teknik
- merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan
- pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah
- digunakan dalam langkah pengajaran
- perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih

Strategi
- kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran
- lebih mengambil kira objektif jangka panjang
- mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya

Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam
1- Besepadu
2- Induktif
3- Deduktif
4- Qudwah hasanah
5- Kelas, kumpulan dan individu
6- Berpusatkan guru
7- Berpusatkan pelajar

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

a. Pemahaman
b. Ulangan
c. Lawatan
d. Latih tubi
e. Dialog
f. Talaqqi/Musyafahah
g. Inkuiri
h. Bacaan
i. Hafazan
j. Cerita
k. Halaqah
l. Soal jawab
m. Perbincangan
n. Sumbangsaran
o. Penyelesaian masalah
p. Main peranan
q. Simulasi
r. Tunjukcara
s. Projek

Prinsip dalam Strategi Pengajaran Pendidikan Islam

a. Dari mudah kepada susah- mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah.
b. Dari maujud kepada mujarad- menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud.
c. Dari perkara yang maklum kepada perkara yang majhul- memanipulasi pengetahuan yang sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru.
d. Dari dekat kepada jauh- memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi.
e. Dari spesifik kepada umum- memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.

Dalam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran, pelatih memilih kaedah Talaqqi dan Musyafahah, Latih Tubi, Halaqah, Ulangan, Soaljawab dan Hafazan. Kaedah ini berkesan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelatih memilih subjek Pendidikan al-Quran sebagai subjek untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah yang telah disebutkan tadi.

Talaqqi dan Mushafahah- kaedah yang digunakan dalam kemahiran tilawah al-Quran dimana murid mengadap guru untuk membetulkan bacaan.

Latih Tubi- pengulangan fakta-fakta atau kemahiran yang hendak dicapai.

Halaqah- murid duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan.

Ulangan- pembacaan atau mengingat sesuatu kemahiran secara berulang-ulang

Soaljawab- guru mengemukakan soalan dan murid mengemukakan jawapan yang sewajarnya.

Hafazan- melibatkan proses mengingat secara langsung.

KAEDAH, STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN

Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan pemusatan kelas, kumpulan dan individu. Ia bertujuan untuk melibatkan kesemua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada guru untuk mengenali murid-murid dengan lebih dekat.

Menerusi kaedah Talaqqi dan Mushafahah, iaitu kaedah dimana murid berhadapan dengan guru untuk membaca al-Quran, sekiranya terdapat kesilapan pembacaan guru akan memperbetulkannya. Kaedah ini amat berkesan kerana pelatih dapat mengenalpasti kesilapan bacaan murid dan seterusnya dapat memperbetulkannya secara langsung, malah ia juga dapat mengenalpasti tahap penguasaan pembacaan al-Quran. Kaedah ini dilakukan dengan cara menyuruh murid membaca al-Quran kemudiannya guru membetulkannya dan diikuti semula oleh murid tersebut dengan bacaan guru. Ini dapat membantu pelatih mencari jalan yang terbaik bagi meningkatkan lagi tahap pembacaan murid tersebut.

Kaedah latih tubi pula merupakan satu kaedah yang kerap digunakan oleh pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Latih tubi merupakan satu kaedah pengulangan fakta yang telah dibaca, ini adalah bertujuan supaya murid dapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Kaedah latih tubi ini digunakan oleh pelatih di dalam kelas secara kelas, kumpulan dan individu. Sebagai contoh, pelatih menyuruh semua pelajar membaca surah fatihah mengikut bacaan pelatih, kemudian murid disuruh membaca secara kelas, kumpulan dan individu. Pemerhatian yang telah dibuat menunjukan bahawa kaedah latih tubi ini meningkatkan kefasihah menyebut, mengenal dan juga dapat membantu murid mengingat huruf-huruf yang telah dibaca.

Halaqah merupakan satu kaedah di mana murid mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan. Kaedah ini pelatih mengunakan pendekatan pemusatan guru dan pemusatan murid. Kaedah ini membahagi beberapa kumpulan murid dengan jumlah minimum kira-kira sepuluh orang murid dalam satu kumpulan, dalam kumpulan ini guru boleh bertindak sebagai fasilitator di samping murid bebas mengemukakan pandangan masing-masing. Dalam situasi sedemikian guru dan murid dapat berinteraksi secara langsung. Kaedah ini diperaktikan oleh pelatih semasa pembahagian kumpulan untuk rekod bacaan al-Quran. Kaedah ini dilakukan oleh pelatih untuk mempercepatkan proses bacaan al-Quran.

Kaedah ulangan merupakan kaedah yang biasa digunakan oleh guru. Kaedah ini digunakan oleh pelatih dalam pembacaan buku Iqra’. Ianya dilakukan dengan mengulangi semula apa yang dibaca oleh murid, ianya bertujuan untuk proses mengingat dan proses kelancaran bacaan. Menerusi kaedah ini juga murid dapat mengingati sesuatu fakta dengan cepat dan berkesan. Dalam pembacaan al-Quran, pelatih menggunakan kaedah ini sebagai proses pembacaan semula, kerana ada sesetengah murid tidak dapat membaca tetapi mengunakan kaedah menghafaz. Jadi secara tidak langsung kaedah ulangan ini memberi faedah kepada murid-murid yang mempunyai masalah tidak dapat membaca dan mengenal huruf.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kaedah soaljawab perlu digunakan untuk memastikan murid-murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Kaedah ini ialah guru mengemukakan soalan dan murid memberi jawapan yang sewajarnya. Kaedah ini digunakan oleh pelatih dalam matapelajaran al-Quran. Dalam hal ini pelatih akan memperdengarkan bacaan al-Quran dan kemudiannya menyoal murid tentang apakah surah di baca sebentar tadi. Murid yang memahami akan mengetahui apakah surah yang dibacakan. Kaedah ini perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya merupakan pengukuran bagi mengetahui samaada murid-murid memahami atau tidak pengajaran yang disampaikan. Menerusi kaedah ini juga interaksi dua hala dapat diwujudkan, malah lebih daripada itu ianya dapat mengikis sikap malu untuk bertanya.

Kaedah yang terakhir digunakan oleh pelatih ialah kaedah hafazan. Kaedah ini merupakan satu kaedah atau proses mengingat secara langsung. Ini bermakna murid akan menggunakan kaedah ini untuk mengingati fakta-fakta khusus dalam pelajaran mereka. Kaedah ini diperaktikan oleh pelatih dalam proses menghafaz al-Quran. Pelatih akan memastikan murid terlebih dahulu dapat membaca al-Quran dan kemudiannya pelatih menyuruh murid-murid meghafaz al-Quran. Kaedah ini bertujuan supaya sentiasa mengamalkan surah yang dihafaz. Disamping itu juga membantu murid-murid melatih daya ingatan masing-masing.

Thursday, April 22, 2010

::Lirik lagu Rasmi IPGM::


Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasii
Masa Negara tercinta

Berwibawa, berintegriti
Keunggulan peribadi
Beteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya di hormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus haati yang murni

Ipg Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang, berakhlak mulia
Mendukung visi, misi ipg

p/s: Lagu rasmi ini dinyayikan setiap kali perhimpunan hari isnin di IPG KPI BAngi...

::RPH Olahraga::


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran         : Olahraga
Sub Tajuk                  : Balapan
i)           Acara Lari pecut 200 meter
Tarikh                         : 24 februari 2010
Masa                          : 8.00 pagi – 9.00 pagi (1 jam)
Objektif                      : Di akhir  pembelajaran, pelajar dapat memahami dan mempraktikkan kemahiran lari pecut 200                                                  meter dengan teknik yang betul.                                     

BAHAGIAN
AKTIVITI
FOKUS
PEMBELAJARAN
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Permulaan memanaskan badan (5 minit)
Meningkatkan
- Kadar nadi







- Regangan otot

Otot am dan spesifik
1)  Belari sekeliling padang





1)   Otot sisi leher
 - berdiri tegak dan membengkokkan leher ke sisi kanan dengan tapak tangan.
- ulang dengan sebelah kanan leher


2) Otot bahagian luar lengan, bahu   dan sisi
- hulur kedua-dua belah tangan ke atas; tapak tangan kanan bertemu tapak tangan kiri dengan regangan ke atas dan sedikit ke belakang.
- ulang semula regangan

3) Pergelangan kaki dan kuadrisep
- memegang bahagian hujung kaki kanan dengan tangan kanan
- tarik kaki kearah punggung kanan sehingga terasa tegang.
- ulang dengan kaki kiri

Kelompok besar pemain

 










Pengenalan
(20 minit)



































Latih tubi
(20 minit)































Permainan Kecil
(10 minit)






























Penutup
(5 minit)
Teknik memecut 200 meter














































Kedudukan dinamik larian teknik pecut.






























Larian sentuh
































Membuat regangan otot










































Refleksi



-Penerangan tentang fasa lari pecut 200 meter

1) Fasa permulaan
-sama seperti lari pecut 100 meter kecuali kedudukan blok permulaan yang harus diletakkan pada sudut 90 darjah daripada garisan permulaan.

2) Fasa larian

i)      Fasa pecutan-
-sama seperti lari pecut 100 meter

ii)  Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
-sama seperti lari pecut 100 meter

iii)    Fasa larian di selekoh

-semakin laju atlit belari, semakin kuat kuasa “centrifugal”.
-untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk mengimbangkan kuasa “centrifugal”.
-seseorang pelari seharusnya merendahkan badan kearah dalam.
-tangan kiri terus dihayun lurus.
-manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

3) Fasa penamat
-sama seperti lari pecut 100 meter





-Jalan menendang kaki ke belakang

      i.        Jalan menendang kaki ke belakang
    ii.        Jalan seperti biasa
   iii.        Gerakkan tangan semasa gerakan berlari.
   iv.        Setiap kali mengangkat kaki, tumit kaki ditendang ke belakang, seolah-olah ingin menendang punggung sendiri.
    v.        Lakukan aktiviti secara sejauh 5 meter pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama dan secara berulang sebanyak 3 kali.

-Jalan dengan lutut diangkat tinggi

      i.        Jalan seperti biasa – tinggikan hayunan tangan
    ii.        Semasa kaki ke hadapan angkat lutut setinggi yang boleh
   iii.        Lakukan aktiviti secara sejauh 5 meter pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama dan secara berulang sebanyak 3 kali.


Adakan pertandingan Larian. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang.
(i)      Meletakkan  2 kon dengan jarak 5 meter. Murid-murid berbaris di kon A.
(ii)    Murid-murid diminta belari menyentuh kon B, kemudia berpusing kembali ke kon A dan begitulah seterusnya.






















1)    Otot bahagian atas tapak kaki (ekstensor)

-duduk berlunjur dan membengkokkan kaki kanan dan silangkan diatas kaki kiri
- pegang pergelangan kaki kiri dengan sebelah tangan.
- pegang hujung kaki dengan sebelah tangan lagi dan tarik ke arah tumit kaki.
- ulang dengan kaki kanan

2)    Otot bahagian bawah kaki belakang (betis dan otot selous)

- duduk berlunjur sebelah kaki, iaitu kaki kanan. Kaki kiri dibengkokkan supaya tapaknya menghadap bahagian dalam paha.
- condongkan badan ke hadapan dan tarik hujung jari ke arah badan.

  3)  Otot bahagian luar lengan,   bahu dan sisi

- hulur kedua-dua belah tangan ke atas; tapak tangan kanan bertemu tapak tangan kiri dengan regangan ke atas dan sedikit ke belakang.
- ulang semula regangan

4)  Otot sisi leher

- berdiri tegak dan membengkokkan leher ke sisi kanan dengan tapak tangan.
- ulang dengan sebelah kanan leher

Sesi soal jawab antara guru dan murid:
1)    Kedudukan blok permulaan untuk lari pecut 200 meter.
2)    Teknik larian di selekoh.

Individu








































   X      X        X       X
   X      X        X       X
   X      X        X       X
   X      X        X       X

 

 
Kon A
 



5 meter
 




Kon B
 




Pertandingan ikut kumpulan

   X      X        X       X
   X      X        X       X
   X      X        X       X
   X      X        X       X

 

 
Kon A
 



5 meter
 




Kon B
 















Latihan dalam kumpulan





















8 kon
































8 kon
































8 kon