Pages

Thursday, April 22, 2010

::RPH Pendidikan Islam Tahun 6::


Persedian Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Tahun : 6

Bilangan Murid : 35 orang

Umur : 12 Tahun

Tarikh : 9/4/2010

Masa : 60 minit

Tajuk : Adab dan Akhlak Islamiyah

Sub Tajuk : Adab Rehlah

Hasil Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan dapat ;

a) Menyebut konsep rehlah dengan betul

b) Murid dapat menyebut pekara yang perlu dihindari ketika berehlah

c) Menyatakan adab-adab berehlah

Pengetahuan Sedia ada : Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya

kebersihan dalam Islam dan pentingnya menjaga alam sekitar

Penerapan Nilai : Bersyukur, Bersih, Amanah dan Cintakan Alam Sekitar

Sumber P&P : Gambar, Keratan Akhbar dan LCD

Langkah/Masa

Isi Kandungan

Aktiviti P&P

Catatan

Set Induksi (5minit)

Menunujukkan gambar kawasan rehlah seperti di tepi pantai dan kawasan air terjun yang dicemari oleh sampah sarap.

1) Murid diminta merenung gambar yang ditayangkan.

2) Murid diminta menyatakan apa yang terdapat dalam gambar yang ditayangkan

3) Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini

Kemahiran berfikir:

Reflektif

Teknik:

Sumbangsaran

BBM:

Gambar

Langkah 1

(10 minit)

Definisi Rehlah

1) Guru menerangkan konsep rehlah dan berkongsi pengalaman murid-murid ketika berehlah. Murid melihat tayangan Video berkaitan tempat-tempat yang sesuai untuk berehlah

2)Murid menyenaraikan

Tempat-tempat rehlah yang mereka ketahui. Dan juga berkongsi pengalaman ketika berada di tempat rehlah seperti

Teknik:

Soal Jawab

BBM:

LCD



kebersihan tempat, keadaan persekitaran dan tumbuh-tumbuhan.


Langkah 2

(10 minit)

Adab-adab rehlah

1) Murid-murid menyenaraikan adab-adab rehlah seperti

i. niat yang baik

ii. tempat yang sesuai dan selamat

iii.pakaian yang sopan dan menutup aurat

iv.menjaga keselamatan dan perilaku ketika berehlah seperti tidak membuang sampah merata-rata dan mematahkan tumbuh-tumbuhan sesuka hati.

2) Guru menerapkan nilai mengagungkan kebesaran dan keajaiban ciptaan Allah S.W.T disamping cintakan Alam Sekitar.


Langkah 3

(10 minit)

Pekara yang perlu dihindari semasa berehlah

1) Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu petikan daripada keratan akhbar berkaitan dengan gejala kurang sihat masyarakat ketika berehlah. Murid-murid diminta mengeluarkan isi daripada petikan tersebut.

BBM:

Keratan Akhbar

Langkah 4

(10 minit)

Hikmah

1) Guru dan murid berbincang mengenai hikmah beradab ketika berehah seperti

i. mendapat keredhaan Allah S.W.T

ii. Keselamatan terpelihara

iii. dapat mengambil iktibar


Langkah 5

(10 minit)

Penilaian

Guru memberi lembaran kerja kepada murid;-

i. Murid diberikan gambar kawasan pantai yang dipenuhi sampah-sarap murid diminta menyenaraikan akibat tidak menjaga adab ketika berehlah

ii. murid menyenaraikan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.


Penutup

(5minit)

Rumusan dan

Refleksi

* Islam menitik

beratkan aspek

kebersihan

* Kebersihan di tempat rehlah sangat penting demi menjaga alam sekitar daripada tercemar dan menjaga ekosistem.

* Menjaga adab-adab berehlah dapat memupuk sikap cintakan alam sekitar.

Guru membuat kesimpulan

bahawa Islam menekankan

soal kebersihan dan hubungkait

kepentingan alam sekitar dalam kitaran hidup manusia.

Nilai:

Kesedaran kendiri

No comments: