RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
Mata pelajaran : Olahraga
Sub Tajuk : Balapan
i)
Acara Lari pecut 200 meter
Tarikh : 24 februari 2010
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (1 jam)
Objektif :
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat
memahami dan mempraktikkan kemahiran lari pecut 200 meter dengan teknik yang betul.
BAHAGIAN
|
AKTIVITI
|
FOKUS
PEMBELAJARAN
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Permulaan
memanaskan badan (5 minit)
|
Meningkatkan
- Kadar
nadi
- Regangan
otot
|
Otot am
dan spesifik
1) Belari sekeliling padang
1) Otot sisi leher
-
berdiri tegak dan membengkokkan leher ke sisi kanan dengan tapak tangan.
- ulang dengan sebelah kanan leher
2) Otot bahagian luar lengan, bahu dan sisi
- hulur kedua-dua belah tangan ke atas; tapak
tangan kanan bertemu tapak tangan kiri dengan regangan ke atas dan sedikit ke
belakang.
- ulang semula regangan
3) Pergelangan kaki dan kuadrisep
- memegang bahagian hujung kaki kanan dengan
tangan kanan
- tarik kaki kearah punggung kanan sehingga
terasa tegang.
- ulang dengan kaki kiri
|
Kelompok
besar pemain
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengenalan
(20 minit)
Latih
tubi
(20
minit)
Permainan
Kecil
(10
minit)
Penutup
(5 minit)
|
Teknik
memecut 200 meter
Kedudukan dinamik larian teknik pecut.
Larian
sentuh
Membuat
regangan otot
Refleksi
|
-Penerangan
tentang fasa lari pecut 200 meter
1) Fasa
permulaan
-sama seperti lari pecut 100 meter
kecuali kedudukan blok permulaan yang harus diletakkan pada sudut 90 darjah
daripada garisan permulaan.
2) Fasa
larian
i) Fasa pecutan-
-sama seperti lari pecut 100 meter
ii) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan
kelajuan
-sama seperti lari pecut 100 meter
iii) Fasa larian di selekoh
-semakin laju atlit belari, semakin kuat
kuasa “centrifugal”.
-untuk memastikan larian selekoh adalah
berkesan ataupun untuk mengimbangkan kuasa “centrifugal”.
-seseorang pelari seharusnya merendahkan
badan kearah dalam.
-tangan kiri terus dihayun lurus.
-manakala tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.
3) Fasa penamat
-sama seperti lari pecut 100 meter
-Jalan
menendang kaki ke belakang
i.
Jalan
menendang kaki ke belakang
ii.
Jalan
seperti biasa
iii.
Gerakkan
tangan semasa gerakan berlari.
iv.
Setiap
kali mengangkat kaki, tumit kaki ditendang ke belakang, seolah-olah ingin
menendang punggung sendiri.
v.
Lakukan
aktiviti secara sejauh 5 meter pusing dan patah balik dengan pelakuan yang
sama dan secara berulang sebanyak 3 kali.
-Jalan dengan lutut diangkat tinggi
i.
Jalan
seperti biasa – tinggikan hayunan tangan
ii.
Semasa
kaki ke hadapan angkat lutut setinggi yang boleh
iii.
Lakukan
aktiviti secara sejauh 5 meter pusing dan patah balik dengan pelakuan yang
sama dan secara berulang sebanyak 3 kali.
Adakan
pertandingan Larian. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan
terdiri daripada 8 orang.
(i) Meletakkan 2 kon dengan jarak 5 meter. Murid-murid
berbaris di kon A.
(ii) Murid-murid diminta belari menyentuh
kon B, kemudia berpusing kembali ke kon A dan begitulah seterusnya.
1) Otot bahagian atas tapak kaki (ekstensor)
-duduk berlunjur dan membengkokkan kaki kanan dan silangkan
diatas kaki kiri
- pegang pergelangan kaki kiri dengan
sebelah tangan.
- pegang hujung kaki dengan sebelah
tangan lagi dan tarik ke arah tumit kaki.
- ulang dengan kaki kanan
2) Otot bahagian bawah kaki belakang
(betis dan otot selous)
- duduk berlunjur sebelah kaki, iaitu kaki kanan. Kaki kiri
dibengkokkan supaya tapaknya menghadap bahagian dalam paha.
- condongkan badan ke hadapan dan tarik
hujung jari ke arah badan.
3) Otot bahagian luar lengan, bahu dan sisi
- hulur kedua-dua
belah tangan ke atas; tapak tangan kanan bertemu tapak tangan kiri dengan
regangan ke atas dan sedikit ke belakang.
- ulang semula regangan
4)
Otot sisi leher
- berdiri tegak dan membengkokkan leher ke
sisi kanan dengan tapak tangan.
- ulang dengan sebelah kanan leher
Sesi soal jawab antara guru dan murid:
1) Kedudukan blok permulaan untuk lari
pecut 200 meter.
2) Teknik larian di selekoh.
|
Individu
X X X X
X X X X
X X X X
X X X X
Kon A
5 meter
Kon B
Pertandingan ikut kumpulan
X X X X
X X X X
X X X X
X X X X
Kon A
5 meter
Kon B
Latihan dalam kumpulan
|
8 kon
8 kon
8 kon
|
5 comments:
cikgu, can i hv u RPH 200METER ???I CANT SEE IT IN U BLOG, can send to me??please...i wan do my rph, but i no idea how to do, if can, send to my mail "catherineongbeekim@hotmail.com"...tq vr much.....sorry for disturb...
im sori dear...baru bukak blog..n baru perasan ur comment..hu~
akak nak share RPH ni boleh tak. Tolong emel sarimaniza@yahoo.com
salam. sy mohon kebenaran untuk rujuk contoh dalam proses penulisan RPH sy ye. sangat berinformasi. ribuan terima kasih sy dahulukan. (shafiqah.hadi@gmail.com)
Salam, mohon kebenaran untuk rujuk contoh rph ini ya. Harap dapat emailkan terima kasih saya dahulukan (annenat31@gmail.com)
Post a Comment