Pages

Saturday, September 22, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP 2013-2025)



Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP 2013-2025) akan dilaksanakan berasaskan 11 anjakan utama bagi memastikan transformasi pendidikan negara bersifat futuristik dan jangka panjang.

PPP 2013-2025 yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 13 tahun dan membabitkan tiga fasa (gelombang) dijangka bakal menempatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan sistem yang dimiliki negara membangun. 

Fasa atau gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka. 

Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan.


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Aspek yang disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP ) ini ialah:-
-Memartabatkan profesion perguruan.
-Meningkatkan kualiti guru
-Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
-Kualiti dalam latihan perkhidmatan
-Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang -pelajar.
-Meningkatkan kepimpinan sekolah.
-Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
-Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.
-Meningkatkan kualiti sekolah.
-Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
-Kemudahan Internet dan jalur lebar
-Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
-Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
-Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.
-Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
-Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga
-Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
-Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah
-Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
-Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
-Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan k-komunikasi berkesan.
-Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
-Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara
-Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
-Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
-Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.

Wednesday, September 12, 2012

Kisah Liyana-Untungla Sapa jadi Cikgu!

Sebelum  ni Cik Thur ada terbaca kisah,gambar,cerita mengenai beban kerja guru..sampaikan ada yang kata guru banyak merungut dan kerja tak Ikhlas...hhuhu..

Betul ke beban guru ni banyak??...

1. Sememangnya guru hari ini banyak tugasnya...kalau tak percaya..cubalah jadi guru ganti. 1 hari pun da   cukup..Cik Thur pun malas da nak cerita satu-satu tugasnya.
2. Sebab tu artikel, karikatur, kartun mengenai  "rungutan dan bebanan" guru2 ni banyak terkeluar di FB, Twitter, Surat Khabar sehinggakan..ada yg bosan membacanya dan timbulah rungutan orang lain...

"Cikgu ni tak reti bersyukur ke?"

"ala kije orang lain pun banyak jugak!"

"Untungla jadi Cikgu!"... dan macam-macam lagi lah...

kenapa kerja guru juga nak dipertikai..kalau kata kije senang..senang lagi jadi "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja"?? ha apa tugas dia yg nampak dimata kita??? setakat umumkan bermulanya puasa?setakat umumkan tibanya hari raya???lagi untung kan??gaji plak..lagi lumayan..tapi terfikirkah kita bahawasanya dia pun ada tugas lain yang kita tidak tahu tugas disebaliknya.

Jadi penyelesaianya cubalah berfikiran positif dan memahami tugas orang lain.."kita tidak rasa apa yang orang lain rasa".. ikhlas tak ikhlas hanya Allah sahaja yg tahu..sapalah kita hanya sebagai manusia biasa.

Jom baca...
1. Kisah Liyana- Untungla Sapa jadi CIkgu yang mana blog asalnya sudah di delete..dan kenyataan ini pula di balas oleh blog rambut tak kembang ni

Layan~~




Monday, September 10, 2012

::U.P.S.R Kembali::


Tanggal 11. SEPTEMBER 2012 Semua murid sekolah rendah yang ada kat  Malaysia ni akan menduduki  UPSR...Moga kalian memperolehi kejayaan..insyaallah..Ameen...

Terkenang zaman Cik Thur time nak ambik UPSR dlu....Suasananya jauh berbeza dari hari ini....hari ini guru dan ibubapa bersikap terbuka dan memandang ke hadapan, ini semua gara-gara mahukan anak2 mereka sentiasa yang terbaik dan cemerlang dikalangan yang terbilang.

Masa mula2 Cik Thur masuk sekolah di era tahun 2000 ni..sudah banyak perubahan dan peningkatan yang Cik Thur nampak..terutamanya ketika peperiksaan besar berlangsung. Ada Ibubapa yang sanggup mengambil cuti demi menyokong anak2 untuk mengambil peperiksaan..begitulah usaha dan tanda kasih sayangnya ibubapa kita pada hari ini.

Zaman Cik Thur dulu...hanya doa ibubapa sahaja mengiringi..jasad mereka terus gigih mencari rezeki, dek kerana mahu menempuh hidup yang seterusnya. Memang masa telah berubah, cara pun kadang2 berubah..tapi apa yang Cik Thur nak kongsikan agar semua murid2 zaman sekarang sentiasa bersyukur dan hargailah pergorbanan ibubapa anda!..

Bagi murid2 yang ibubapanya tidak hadir menyokong anda ketika hendak mengambil peperiksaan..usah berkecil hati..sebenarnya jauh di sudut hati, ingin benar mereka berbuat sedemikian..tetapi mungkin ada yg menghalang..apa yang penting adalah FOKUS menjawab peperiksaan jangan gusar dan kecewa melihat sokongan ibubapa rakan anda..kerana guru2 anda sebenarnya jauh lebih risaukan anda dan menyokong anda sepertimana ibubapa anda sendiri..jika kamu menganggap guru kamu adalah ibubapa kedua anda di sekolah..maka anda akan terus rasa dihargai dan dibelai walaupun dari jauh..berfikirlah positif wahai anak muda..Walaupun usiamu baru menjangkau 12 tahun...berfikiran positif akan mematangkan dirimu!.


SELAMAT MAJU JAYA!!!

p/s: 1996 - Ambil Upsr ditemani rakan seperjuangan dengan semangat ingin mencapai 4A!..usaha sendiri tanpa kelas tuition, kelas tambahan sekali sekala, Mengulangkaji sendirian tanpa bimbingan ibubapa dan kejayaan di perolehi dengan USAHA sendiri!!sangat BERBALOI!! bangkitlah!!