Pages

Saturday, September 22, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP 2013-2025)



Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP 2013-2025) akan dilaksanakan berasaskan 11 anjakan utama bagi memastikan transformasi pendidikan negara bersifat futuristik dan jangka panjang.

PPP 2013-2025 yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 13 tahun dan membabitkan tiga fasa (gelombang) dijangka bakal menempatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan sistem yang dimiliki negara membangun. 

Fasa atau gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka. 

Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan.


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Aspek yang disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP ) ini ialah:-
-Memartabatkan profesion perguruan.
-Meningkatkan kualiti guru
-Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
-Kualiti dalam latihan perkhidmatan
-Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang -pelajar.
-Meningkatkan kepimpinan sekolah.
-Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
-Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.
-Meningkatkan kualiti sekolah.
-Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
-Kemudahan Internet dan jalur lebar
-Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
-Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
-Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.
-Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
-Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga
-Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
-Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah
-Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
-Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
-Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan k-komunikasi berkesan.
-Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
-Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara
-Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
-Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
-Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.

No comments: