Pages

Monday, October 22, 2012

::Tugas Guru Hari ini::



Dulu lain..sekarang lain..zaman  berubah cara berubah..tapi ada juga yang masih sama..nostalgia....
gembira tengok semangat guru baru yang mahu cepat bertugas..sangat Cik Thur hargai..seolah2 semangat itu turut di rasai bersama...cuma ada pesan, agar semangat ini TIDAK AKAN LUNTUR mengiringi tugas mulia ini..kerana liku dihadapanya sangatlah  tajam..kalau tidak cukup bawa bekalan "SABAR" dalam menempuh perjalan tugas pendidik..pasti semangat akan meluntur..

Bukan tidak mahu mengejar pangkat yg lebih tinggi, harta yang bertimbun untuk kesenangan dan keselesaan dunia..tp akhirat lebih utama!bercucuk tanamlah di dunia dan berseronoklah di sana nanti.."SAHAM AKHIRAT"..moga perjalanan ini ditemani ikhlas sepanjang masa..moga ALLAH redha...

Saturday, September 22, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP 2013-2025)



Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPP 2013-2025) akan dilaksanakan berasaskan 11 anjakan utama bagi memastikan transformasi pendidikan negara bersifat futuristik dan jangka panjang.

PPP 2013-2025 yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 13 tahun dan membabitkan tiga fasa (gelombang) dijangka bakal menempatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan sistem yang dimiliki negara membangun. 

Fasa atau gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka. 

Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.

Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan.


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Aspek yang disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP ) ini ialah:-
-Memartabatkan profesion perguruan.
-Meningkatkan kualiti guru
-Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
-Kualiti dalam latihan perkhidmatan
-Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang -pelajar.
-Meningkatkan kepimpinan sekolah.
-Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
-Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.
-Meningkatkan kualiti sekolah.
-Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
-Kemudahan Internet dan jalur lebar
-Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
-Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
-Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.
-Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
-Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga
-Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
-Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah
-Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
-Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
-Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan k-komunikasi berkesan.
-Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
-Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara
-Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
-Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
-Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.

Wednesday, September 12, 2012

Kisah Liyana-Untungla Sapa jadi Cikgu!

Sebelum  ni Cik Thur ada terbaca kisah,gambar,cerita mengenai beban kerja guru..sampaikan ada yang kata guru banyak merungut dan kerja tak Ikhlas...hhuhu..

Betul ke beban guru ni banyak??...

1. Sememangnya guru hari ini banyak tugasnya...kalau tak percaya..cubalah jadi guru ganti. 1 hari pun da   cukup..Cik Thur pun malas da nak cerita satu-satu tugasnya.
2. Sebab tu artikel, karikatur, kartun mengenai  "rungutan dan bebanan" guru2 ni banyak terkeluar di FB, Twitter, Surat Khabar sehinggakan..ada yg bosan membacanya dan timbulah rungutan orang lain...

"Cikgu ni tak reti bersyukur ke?"

"ala kije orang lain pun banyak jugak!"

"Untungla jadi Cikgu!"... dan macam-macam lagi lah...

kenapa kerja guru juga nak dipertikai..kalau kata kije senang..senang lagi jadi "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja"?? ha apa tugas dia yg nampak dimata kita??? setakat umumkan bermulanya puasa?setakat umumkan tibanya hari raya???lagi untung kan??gaji plak..lagi lumayan..tapi terfikirkah kita bahawasanya dia pun ada tugas lain yang kita tidak tahu tugas disebaliknya.

Jadi penyelesaianya cubalah berfikiran positif dan memahami tugas orang lain.."kita tidak rasa apa yang orang lain rasa".. ikhlas tak ikhlas hanya Allah sahaja yg tahu..sapalah kita hanya sebagai manusia biasa.

Jom baca...
1. Kisah Liyana- Untungla Sapa jadi CIkgu yang mana blog asalnya sudah di delete..dan kenyataan ini pula di balas oleh blog rambut tak kembang ni

Layan~~




Monday, September 10, 2012

::U.P.S.R Kembali::


Tanggal 11. SEPTEMBER 2012 Semua murid sekolah rendah yang ada kat  Malaysia ni akan menduduki  UPSR...Moga kalian memperolehi kejayaan..insyaallah..Ameen...

Terkenang zaman Cik Thur time nak ambik UPSR dlu....Suasananya jauh berbeza dari hari ini....hari ini guru dan ibubapa bersikap terbuka dan memandang ke hadapan, ini semua gara-gara mahukan anak2 mereka sentiasa yang terbaik dan cemerlang dikalangan yang terbilang.

Masa mula2 Cik Thur masuk sekolah di era tahun 2000 ni..sudah banyak perubahan dan peningkatan yang Cik Thur nampak..terutamanya ketika peperiksaan besar berlangsung. Ada Ibubapa yang sanggup mengambil cuti demi menyokong anak2 untuk mengambil peperiksaan..begitulah usaha dan tanda kasih sayangnya ibubapa kita pada hari ini.

Zaman Cik Thur dulu...hanya doa ibubapa sahaja mengiringi..jasad mereka terus gigih mencari rezeki, dek kerana mahu menempuh hidup yang seterusnya. Memang masa telah berubah, cara pun kadang2 berubah..tapi apa yang Cik Thur nak kongsikan agar semua murid2 zaman sekarang sentiasa bersyukur dan hargailah pergorbanan ibubapa anda!..

Bagi murid2 yang ibubapanya tidak hadir menyokong anda ketika hendak mengambil peperiksaan..usah berkecil hati..sebenarnya jauh di sudut hati, ingin benar mereka berbuat sedemikian..tetapi mungkin ada yg menghalang..apa yang penting adalah FOKUS menjawab peperiksaan jangan gusar dan kecewa melihat sokongan ibubapa rakan anda..kerana guru2 anda sebenarnya jauh lebih risaukan anda dan menyokong anda sepertimana ibubapa anda sendiri..jika kamu menganggap guru kamu adalah ibubapa kedua anda di sekolah..maka anda akan terus rasa dihargai dan dibelai walaupun dari jauh..berfikirlah positif wahai anak muda..Walaupun usiamu baru menjangkau 12 tahun...berfikiran positif akan mematangkan dirimu!.


SELAMAT MAJU JAYA!!!

p/s: 1996 - Ambil Upsr ditemani rakan seperjuangan dengan semangat ingin mencapai 4A!..usaha sendiri tanpa kelas tuition, kelas tambahan sekali sekala, Mengulangkaji sendirian tanpa bimbingan ibubapa dan kejayaan di perolehi dengan USAHA sendiri!!sangat BERBALOI!! bangkitlah!!

Thursday, August 23, 2012

::Al-Quran Tajwid/ Al-quran Quran Terjemahan Bahasa Melayu/ iqra' 1-6 (Format PDF)::


Dunia semakin canggih..semuanya di hujung jari..jadi kat sini Cik Thur nak kongsi kat anda semua link yang boleh kita download AL-QURAN bertajwid dengan warna dalam bentuk PDF..Cik thur jumpa dekat blog Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak jom intai kat sini... 

 




Al-quran dalam bentuk PDF ni kita boleh gunakan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas...kita boleh upload ke dalam iPhone ataupun iPad..itupun kalau ada iPhone dan iPad la kan..huhu...dalam laptop dan desktop pun bleh...Guna Mashaf lebih afdal sebenarnya..tapi kenalah berjaga...Al-quran PDF ni adalah sebagai alternatif..senang di bawa kemana sahaja.. jom intai apa yang ada kat bawah ni...untuk download sila klik link tersebut...semuanya boleh di download di file Mediafire...

Al-Quran Terjemahan Bahasa Melayu

IQRA' 1

IQRA' 2

IQRA' 3

IQRA' 4

IQRA' 5

IQRA' 6

Tuesday, July 10, 2012

::Contoh Soalan KISSM 2012::

Bismillahirahmanirrahim..


Ok..Cik Thur nak kongsi kat smua..cth soalan SUBJEKTIF KISSM....peperiksaan yang melibatkan KISSM ni ada dua kertas..kertas satu mengandungi 40 soalan objektif...manakala soalan Subjektif mempunyai 2 Bahagian...setiap bahagian pula, kena pilih dua jer..jom kita tgk cth soalan subjektif ini....


BAHAGIAN  I

Soalan 1: 
1. En. Rizal telah dilantik sbg seorang ketua pengarah di sebuah jabatan kerajaan.
a. Bagaimana dapat ditentukan bahawa beliau mempunyai sifat kepimpinan yang unggul
b. Huraikan cara2 utk mengelakkan perbuatan pilih kasih dlm tindakan2 dikalangan pemimpin/ketua

Jawapan:
a) ciri-ciri bahawa seorang KJ itu telah dpt memberikan kepimpinan yg berkesan
i. matlamat organisasi dpt dicapai sepenuhnya
ii. dpt mewujudkan suasana harmoni dan tenteram dlm organisasi ke arah peningkatan kreativiti dan inovasi dlm jabatan
iii. organisasi dipercayai oleh pelanggan,orang ramai dan pihak atasan
iv. berjaya meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja2nya dgn program latihan berterusan
v. dpt mengelakkan pertembungan kepentingan peribadi dengan tugas rasmi jabatan
vi. sesuatu keputusan dibuat secara mesyuarah
vii. dpt mewujudkan k/sama dan kerja berpasukan dlm organisasi

b) cara2 utk mengelakkan perbuatan pilih kasih dlm tindakan2 dikalangan pemimpin/ketua organisasi/jabatan
i. bersikap adil dlm semua tindakan dan keputusan
ii. memilih individu yg benar2 layak dan berkebolehanbagi sesuatu jawatan
iii. mengesahkan jawatan pekerja2 yang telah layak dan memenuhi syarat2 yg ditetapkan sahaja
iv. mengetahui dengan jelas tugas2 yg dijalankan oleh pekerja2 bawahannya sebelum membuat penilaian prestasi dengan adil
v. pekerja yg berkelayakan sahaja dipertimbangkan kenaikan pangkat, memangku, kursus dan angerah khidmat cemerlang.
vi. Tidak memilih pekerja2 yg rapat dengannya sahaja utk sesuatu anugerah/penilaian prestasi yg tinggi
vii. Tidak mengabaikan pengambilan tindakan tatatertib kpd pekerja2 yang sengaja melanggar peraturan dikalangan yang rapat dengannya dan sebaliknya
viii. Tidak hanya menaikkan pangkat pekerja bawahannya yg sealiran dengannya sahaja.

Soalan 2:
a) Nyatakan Dua prinsip asas dlm sistem Belanjawan Diubahsuai
b) Apakah matlamat yg hendak dicapai dgn terlaksananya sistem ini ?

Jawapan: Dua prinsip asas dlm sistem Belanjawan Diubahsuai
i) Kuasa membuat keputusan diberi seberapa praktikal yg boleh kpd peringkat bawahan
ii) Kuasa yg diberi mesti bersesuaian dgn prinsip akauntabiliti

Matlamat dpt dicapai melalui sistem ini
i) agensi pusat tidak perlu lagi mengawasi secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dgn ketat. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan kpd perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana
ii) agensi pelaksana diberi kuasa yg lebih luas utk mengurus program dan aktiviti mereka. Agensi genalpasti lebih awal masalah2 pelaksanaannya yg mungkin timbul dan tindakan sewajarnya diambil. Oleh itu, kelewatan melaksanakan ssesuatu program/aktiviti dapat dielakkan
iii) agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi melaksanakan program/aktiviti mereka. Ini adalah berasaskan kepada konsep “ let manager manage” yang memberi kuasa yang lebih luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program/projek untuk membuat keputusan berkaitan dengan program/projek mereka
iv) kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauh mana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan. Ini membolehkan pengurusan peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibaliti untuk melaksanakan tugas mereka.

Soalan 3: Cuti Haji
Soalan 4: Dasar penswastaan


BAHAGIAN  II
Soalan 1:
1. Lima tindakan yang perlu diambil oleh urusetia sebelum sesuatu mesyuarat dijalankan   

Jawapan: 
· Menentukan agenda
· Membuat tempahan bilik mesyuarat
· Memberikan maklumat yang diperlukan kepada pegawai yang menerima tempahan
· Menentukan kertas kerja Kementerian/jabatan/agensi disediakan untuk perbincangan
· Kertas kerja yang disediakan oleh Kementerian/jabatan/agensi untuk pembentangan dalam mesyuarat perlu diterima dalam tempoh sekurang-kurangnya 15 hari sebelum mesyuarat
· Menghantar surat jemputan mesyuarat. Menentukan surat jemputan dan dokumen-dokumen berkenaan diterima dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari sebelum sesuaatu mesyuarat itu diadakan
· Memastikan persediaan kemudahan-kemudahan bilik mesyuarat dalam keadaan sedia sebelum mesyuarat dijalankan
· Menentukan kehadiran – senarai disediakan 2 hari sebelum mesyuarat
· Perbincangan pra-mesyuarat antara urusetia dengan pengerusi
· Memberitahu ahli tentang etiket mesyuarat
· Menentukan tarikh, tempat dan masa mesyuarat 

*lagi bagus kalau sediakan jawapan sebelum, semasa dan selepas sesuatu mesyuarat.

Soalan 2: 
1. ‘Proses kerja .’ yang terdapat didalam manual prosuder kerja dan ‘fail meja’ ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. 
2. Perbezaan MPK dan FM
3. Definisi MPKdan FM

Jawapan:
1. Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat didalam MPK dan FM ialah;
a. mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas
b. memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa menjalanakan tugas
c. membantu kerja penyeliaan
d. memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila mengemaskinikan diperlukan
e. mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang
f. memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru
g. mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai
h. memudah dan melicinkan urusan harian pejabat
i. menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan
iv) kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauh mana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan. Ini membolehkan pengurusan peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibaliti untuk melaksanakan tugas mereka.

2. (i) Maklumat dalam MPK 
· Gambaran menyeluruh mengenai jabatan atau pejabat seperti sejarah dan rasional penubuhan jabatan/pejabat/objektif, fungsi/prosuder dan pegawai atau staf yang bertanggungjawab melaksanakan prosedur-prosuder tersebut

(ii) maklumat dalam FM
· panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari.
· Senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam jabatan atau pejabat.
· Rangkaian prosuder dan senarai semak (checklist)
· Peruntukan kuasa dan undang-undang yang terlibat dengan tanggungjawab seseorang individu.
· Objektif jabatan, objektif bahagian dan unit
· Carta kedudukan individu dalam bahagian atau unit masing-masing bagi membantu indivisu-individu memahami peranan mereka dalam jabatan atau pejabat.

(iii) perbezaan dari focus dan tujuan
MPK
· dokumen rujukan peringkat jabatan
· berasaskan fungsi dan bidang tugas jabatan
· satu MPK untuk satu jabatan
· mengandungi maklumat menyeluruh mengenai semua aktiviti dalam jabatan

FM
· Dokumen rujukan peringkat individu/jawatan
· Berasaskan tugas dan tanggungjawab individu
· Satu FM bagi satu jawatan
· Mengandungi maklumat / panduan untuk mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi satu-satu jawatan

3.  MPK dan FM adalah alat latihan yang sangat berguna terutamanya kepada pegawai baru dilantik atau pegawai yang baru ditukarkan ke sesuatu jabatan/pejabat.


*kalau jawab dalam bentuk kotak camni..lagi bagus..


Cik Thur: ni ajelah cth soalan yang dapat cik thur kongsikan...ada banyak lagi cth soalan dalam bentuk soft copy..boleh kita download kat google...type jer cth soalan kissm..pasti ada!!SELAMAT MAJU JAYA BAGI MEREKA YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN KISSM.....mgkin sampai tahun 2012 sahaja KISSM dilaksanakan....dengar kabarnya tahun hadapan akanditukar dengan PROGRAM TRANSFORMASI MINDA...betul ker?tunggu aje la...(^_^)V

Saturday, March 31, 2012

::SEKOLAH KLUSTER::




~Gambar Hiasan~

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:


Prasyarat Pertama

  • Pengukuran Standard Sekolah
    Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Prasyarat Kedua
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
    - SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
    - SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
    - SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
    - SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
  • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
  • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
  • GPS UPSR : 2 dan ke bawah
Syarat Pemilihan:
  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    - Akademik
    - Kokurikulum
    - Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
  1. Penerimaan pencalonan
  2. Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
  3. Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  4. Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  5. Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  6. Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran


Friday, January 6, 2012

::Hyperlink::

Bismillah...

Ha..nak tau, bagaimana cara untuk buat link dalam Microsoft Power Point (MPP)??mudah sahaja..tp sebelum tu..apa dia hyperlink ni???

Hyperlink ni menurut apa yg difahami Cik Thur ialah:
1. Untuk menghubungkan atau melompat dari satu slide..ke satu slide yg lain..cthnya..kita nak hubungkan dari slide 1 ke slide 10..
2. Selain tu utk mempersembahkan Power Point kita yang power tu..power ke??he2
3. Dan menjimatkan ruang...sebab..slide yg menarik..adalah slide yg menggunakan font yg besar lagi jelas..kalau isi yg kita nak type tu banyak...boleh la kita pindahkan aja kat slide lain..dan gunakan hyperlink ni..

ok kita tengok bagaimana caranya yer...

1. kalau kita perhatikan slide dibawah adalah slide yg ke 3...di dalam slide ini terdapat 2 point, yg mana isinya dihuraikan dalam slide yg ke 5..jadi bagaimana caranya...teruskan bacaan anda ke no. 2...



2. untuk kita nak sambungkan "peta grafik" kepada isinya yang ada pada slide ke 5...Mula-mula..highlight perkataan "peta grafik"



3. Klik kiri..then tekan butang hyperlink





4. kemudian akan keluar satu box..sebelah kiri box...klik pada "place in this document"..masa tu semua slide titles..akan keluar...




5. lepas tu..kita klik la pada slide no 5 tadi..then klik Ok.....



6. Siap!..kalau tak nak ada garisan dibawah perkataan..anda bleh mulakan step yg pertama td dengan .highlight  kan box atau gambar dibelakang tulisan..




SELAMAT MENCUBA!!